Wednesday, July 27, 2011

Pemuda PBB - PPP patut membantu bukan ‘mengusik’



Posted on July 27, 2011, Wednesday
Ketua Penerangan Pemuda PBB cadang parti itu rekrut ahli di negeri pembangkang
KUCHING: Ketua Penerangan Pemuda (PBB) Abdul Aziz Adenan meminta Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk M Kayveas membantu Barisan Nasional (BN) menang dalam pilihan raya umum daripada mengusik kedudukannya.
“Sekiranya PPP mahu membantu BN pada pilihan raya umum ke-13, jadi parti harus menumpukan usaha merekrut ahli di negeri yang dikawal oleh pembangkang seperti Penang, Selangor dan Perak dengan itu PPP dapat membantu BN pada pilihan raya negeri umum.
“Tindakan parti merekrut ahli di Sarawak, yang merupakan negeri dikawal BN hanya mengacau dan mengurangkan kuasa politik dan perpaduan BN di Sarawak,” katanya.
Dengan itu, katanya kehadiran parti tidak membantu mengukuhkan BN seperti yang didakwa oleh Kayveas tetapi secara kontranya, mengelirukan rakyat.
Beliau memberitahu, sudah cukup dengan karenah pembangkang yang mengelirukan rakyat dengan melemparkan dakwaan tidak berasas kepada kerajaan.
“Sekarang, nampaknya rakyat akan keliru dengan kehadiran PPP di Sarawak.
“Penduduk Sarawak akan keliru dengan parti berpangkalan di Semenanjung dan parti BN Sarawak yang berkhidmat kepada mereka selama ini,” katanya sambil menambah beliau menyokong sepenuhnya kenyataan Setiausaha Agung PBB Datuk Stephen Rundi bahawa parti membiarkan rakyat menentukan sama ada akan menyokong PPP atau sebaliknya.

No comments:

Post a Comment