Sunday, May 5, 2013

Rakyat Sarawak menilai dengan baik dan bijaksana



Oleh Muda Tengah

Pada esok pagi rakyat Sarawak akan pergi ke pusat-pusat mengundi untuk memilih wakil-wakil mereka ke Dewan Rakyat di Kuala Lumpur.  Rakyat Sarawak khususnya kaum Cina tidak boleh keliru dan tertipu dengan dakyah DAP bahawa jika mereka mengundi DAP maka pemimpin yang dibenci sangat oleh DAP akan letak jawatan.  Budaya politik kebencian DAP yang senantiasa menaburkan kebencian terhadap kerajaan dan pemimpin dikalangan rakyat mungkin rakyat khususnya kaum Cina boleh keliru.  Namun begitu pengundi Sarawak harus menilai samada mereka mahu dipergunakan sahaja oleh DAP dalam rampasan kuasa mereka kerana realiti dan sebenarnya undi untuk DAP kali ini tidak akan menukar pemimpin yang sungguh dibenci DAP itu.

Pengundi bumiputera Sarawak sebaiknya menilai dan memikirkan calon-calon dan parti-parti politik manakah yang pernah berkhidmat kepada mereka.  Adakah DAP ada membina klinik untuk mereka?  Adakah PKR ada membina jalanraya untuk mereka? Adakah PAS membina gereja untuk mereka?  Ataupun adakah parti-parti Barisan Nasional yang sebenarnya membina semua infrastuktur ini untuk kesenangan rakyat.

Ketenangan dan kebijaksanaan wajib digunakan dalam menilai siapa yang mereka mahu undi esok.  Jika mereka memilih bijak maka kerajaan Persekutuan dan negara ini dapat maju kehadapan dengan GTP dan ETP.  Dalam 3 tahun GTP dan ETP sudah menampakkan banyak kebaikan kepada rakyat Malaysia. Insyallah dengan mandat dari rakyat GTP dan ETP serta Gagasan 1Malaysia dapat membawa negara ini ke tahap yang lebih baik.

Selamat Mengundi.


No comments:

Post a Comment