PR racuni pemikiran Cina perlu kena tindakan tegas
Borneo Post May 9, 2013, Thursday
KUCHING: Tindakan tegas perlu diambil terhadap pihak pembangkang yang kian meracuni pemikiran kaum Cina sehingga unsur masyarakat itu secara menyeluruh tidak menyokong Barisan Nasional (BN) amat jelas kelihatan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Ahli Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Abdul Karim Rahman Hamzah berpendapat, perkara itu adalah satu perkembangan yang kurang sihat yang dipelopori oleh pihak PR, khususnya di kalangan pemimpinnya.
“Jadi mengapa mereka (Cina) tidak suka kepada BN? Jawapannya adalah angkara pemimpin-pemimpin PR yang tidak henti-henti membuat fitnah memburukkan pemimpin dan kerajaan BN kepada masyarakat ini.
“Kerajaan perlu tegas menangani masalah ini.
“Sekiranya dibiar, keadaan boleh menjadi lebih buruk dan mereka yang terus merosak keharmornian dan perpaduan kaum perlu diambil tindakan tegas,” katanya kepada Utusan Borneo menerusi sistem pesanan ringkas (SMS), semalam.
Abdul Karim memberitahu, walaupun usaha mendekati kaum Cina dan menunaikan banyak permohonan kaum ini dibuat sebelum PRU13, jelas sekali semua ini tidak mendatangkan hasil untuk masyarakat ini menghargai usaha-usaha tersebut.
Masalah bukannya kerana kaum ini ditindas.
Ekonomi Malaysia dikuasai kaum ini dan bukan sebab tidak diberi hak menganut agama dan adat budaya mereka malah di Nusantara, Malaysia adalah satu-satunya negara paling liberal tentang agama dan adat budaya dan tidak ada penyekatan perkara ini, katanya.
Masalah bukannya kerana tidak ada peluang menyara kehidupan kerana kaum ini menguasai perdagangan dan mereka juga menyandang banyak jawatan dalam kerajaan tanpa sekatan, tambahnya.
“Kerajaan dan pemimpin-pemimpin masyarakat kaum ini perlu mencari apakah yang membuat kaum ini begitu dan tindakan susulan perlu dibuat selepas itu,” katanya.
No comments:
Post a Comment