Wednesday, May 15, 2013

Tahniah Fadilah Yusof dan Rohani Karim


YB Datuk Rohani Karim dan YB Datuk Fadilah Yusof telah diangkat sebagai Menteri penuh dalam kabinet Persekutuan 2013.

YB Datuk Rohani Karim adalah pemimpin yang naik dari bawah hingga ke atas dengan menjadi ahli parlimen pada tahun 1990.  Setelah bekerja sebagai Setiausaha Parlimen dan Timbalan Menteri akhirnya 23 tahun kemudian beliau menjadi menteri penuh.

YB Datuk Fadilah Yusof pula merupakan 'rising star' yang paling tinggi naik dalam beberapa tahun.  Beliau menjadi ahli parlimen pada tahun 2004.  4 tahun kemudian beliau diangkat menjadi Timbalan Menteri.  2010 mendapat 'Datukship' dari kerajaan negri Sarawak.  5 tahun kemudian iaitu sekarang beliau telah diangkat lagi sekali menjadi Menteri penuh Kementerian yang besar iaitu Menteri Kerjaraya.

Tahniah kedua-duanya sekali.

No comments:

Post a Comment