Saturday, February 18, 2012

Pemberita adalah pelacur - DAP Tan Kok Wai dan Hew Kuan Yau





Tuesday, 14 February 2012

Antara pelacur dan pari pari
Pemberita ‘pelacur’, pemberita pari-pari

by Helen Ang

Para penyokong Pakatan asyik mencemuh wartawan-wartawan Malaysia sebagai pengamal media yang sanggup menjual tubuh kepada parti pemerintah.

Pengikut-pengikut Pakatan tersebut ibarat kuih yang mengikut bentuk acuan. Baru-baru ini, ketua publisiti pilihan raya DAP Hew Kuan Yau melabel wartawan sebagai “pelacur”.

Pengerusi jawatankuasa disiplin DAP Tan Kok Wai pula menyokong rakan partinya itu dengan menegaskan ia hakikat.

Manakala wartawan-wartawan yang berpihak kepada pembangkang akan dipuji dan dipuja. Asal pro pembangkang, wartawan itu kira bermaruah. Malaikat.

Penyokong-penyokong Pakatan – termasuk penulis dan blogger sukarelawan yang menggilai Lim Guan Eng dan DAP – juga tidak kurang ghairah menabur fitnah bahawa sesiapa yang bersifat kritis terhadap pembangkang dalam blogosfera mestilah telah dibeli dengan upah berjuta-juta ringgit.

[Berkaitan: Operatif-operatif makan gaji]

Gajah di depan mata – iaitu portal-portal yang kos operasinya mencecah beratus ribu sebulan – terlepas pandang. Hatchet men DAP yang banyak mengomen di alam maya tidak pernah pun bertanya portal-portal pro-pembangkang itu sebenarnya dibiayai oleh siapa.





Inikah editor NutGraph?
Bila ditanya, umpamanya pengarang The Nut Graph, berkali-kali enggan menjawab. (Baca ‘Siapa bagi dana dan berapa mereka dapat?‘)

Anda mungkin mengenali peguam aktivis Haris Ibrahim sebagai pengasas ABU (Asal Bukan Umno).

Beliau juga pernah mempelopori  satu boikot terhadap suratkhabar arus perdana pada awal tahun 2008.  Kempen ‘Paper-free Tuesday‘nya bersama kumpulan mediawatch Hartal MSM menggesa pembaca supaya tidak membeli akhbar pada setiap hari Selasa.

Kini Haris mempersoalkan pendekatan sesetengah media baru.

Transkrip wawancara Haris dengan FMT pada 8 Feb 2012  [YouTube di bawah]

3:20: “What has the Selangor government given us? Selangor Times. We need a newspaper, independent newspaper, to take on Utusan and Berita Harian. But Selangor Times is in English and Mandarin.

“Selangorkini is monthly and it’s basically about propaganda for Pakatan Rakyat in Selangor. So where is the independent newspaper?

“From the perspective of an individual, who fought for a government that would abide by the wish of the rakyat, I’ve got to say personally I’m disappointed.”

Pemberita: Which [media] can I follow?

6:02: “If you want to know who died yesterday, then you’ll buy the usual newspapers lah. But if you want any other news, go to the online news portals. Itupun pandai-pandai lah, jangan pergi RockyBru punya — itupun tipu. Jangan pergi RockyBru punya.

“Ah apa, Malaysia Chronicle kah? Malaysia Chronicle itu pun berat kepada PKR, berat kepada Tian Chua. Kita nak independent.

Independent – bukan sebab you [pemberita] daripada FMT – saya confident FMT; saya suka dengan quality of reporting in Malaysian Insider; Malaysiakini sekarang … okaylah … bagi saya masih lagi boleh terima. Masih lagi boleh terima tapi dia orang kena hati-hati sebab orang sudah mula tanya-tanya sama ada dia dibiayai oleh parti-parti politik.

“So to me Utusan kita boikot, Berita Harian kita boikot, Wong Chun Wai punya kertas najis tu pun kita boikot, we should just boycott the mainstream media.”

***  ***  ***

Seperti yang disebutkan Haris, memang kuat tertiup desas-desus bahawa media alternatif dibiayai oleh parti-parti politik.

Namun kenapa penyokong-penyokong Pakatan yang begitu mempercayai dakyah pembangkang tidak pernah merenung sejenak persoalan mudah berikut:

Kalau wartawan arus perdana dituduh “pelacur” kononnya senantiasa mengikut kehendak dan telunjuk ‘tuan-tuan politik’ mereka, dari mana datangnya pula dana untuk menanggung kos operasi media baru sebaliknya?

Kalau ada tuan-tuan politik bagi media tradisional, tak adakah ‘tuan-tuan politik’ bagi media baru?

Ingat, blog-blog yang selalu difitnah penyokong Pakatan tidak memerlukan modal banyak (tak perlu bayar sewa pejabat, tak perlu bayar gaji kakitangan editorial, tak perlu bayar programmer dan computer technicians/support staff).

Yang logik memerlukan perbelanjaan besar ialah portal.

Malah portal kecil seperti The Nut Graph pun sudah menelan jumlah RM80,000 sebulan – angka ini diberitahu oleh pengarangnya – dan dianggarkan (conservative estimate) portal itu memakan lebih RM2 juta sebelum ia memutus untuk mengurangkan kekerapan penerbitan daripada harian kepada mingguan.

Apatah lagi portal-portal yang lebih besar daripada The Nut Graph, lagi mahal.

Rekrut baru DAP, Hata Wahari (bekas persiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan/NUJ), juga dibiayai projek Harian Malaysia portal beritanya oleh kumpulan orang berpengaruh — baca seterusnya di MyMassa.

Tetapi anehnya tak pernah penyokong-penyokong yang paling pintar Pakatan ini menampakkan rasa ingin tahu siapa menjadi dalang di sebalik tabir portal-portal alternatif.

Bukankah yang jelas tampak menghabiskan wang berjuta-juta untuk dilancarkan dan kekal beroperasi tanpa banyak iklan, tanpa pelanggan berbayar (reader subscription) ialah portal pro-pembangkang yang lantang-lantang itu?

No comments:

Post a Comment