by Agnes Tugong. Posted on January 13, 2013, Sunday
S’wak melalui arus pembangunan terkenal dengan kemesraan, keharmonian, keprihatinan
KUCHING: Sarawak perlu memperkuatkan gamba- ran sebenar identiti dan ciri-ciri tersendiri negeri ini dalam susunan program pembangunan moden oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).
Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata kualiti hidup tidak hanya diukur dari segi kekayaaan dan kemakmuran ekonomi tetapi juga keseronokan, selesa untuk didiami oleh masyarakat pelbagai latar belakang.
Katanya sejarah negeri ini menunjukkan bahawa Sara-wak amnya dan bandar raya Kuching khasnya melalui arus pembangunan yang terkenal dengan kemesraan, keharmonian dan keprihatinan.
Sebab itu menurut Taib, pembangunan moden di ne-geri ini disusun ke arah nilai-nilai baik ini yang tidak hanya menekankan kemajuan eko-nomi semata-mata.
“Kita di Sarawak seboleh-bolehnya mengelak pemba-ngunan yang tidak sihat.
“Atas sebab itu, kerajaan negeri telah mengambil ke-putusan, soal sosial dan budaya diambil rapat oleh pihak berkuasa tempatan dalam program pembangunan.
“Sama seperti politik yang mana kita telah membentuk politik Sarawak tersendiri yang disenangi oleh rakyat secara keseluruhan.
“Begitu juga dengan pem-bangunan… bandar raya Kuching khasnya, patut di-bangunkan dengan jiwa Sara-wak yang sebenarnya merangkumi semua aspek.
“Tidak perlu kita mengikut cara di tempat lain… dan saya yakin bandar raya Kuching mampu berkembang dengan menonjolkan jiwa sebenar rakyat negeri ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Agenda Dewan Banda-raya Kuching Utara (DBKU) 2013 di Dewan Undangan Negeri lama, Petra Jaya di sini semalam.
Tambah Taib secara keseluruhannya, Sarawak telah berjaya memelihara alam sekitar dengan baik serta mengelak daripada kerosakan yang teruk dalam pelaksanaan program pembangunan.
Meskipun ramai yang cuba menghasut tetapi kita di Sarawak katanya, tidak perlu terburu-buru dan jangan terperangkap dengan perjuangan yang tidak diketahui pokok pangkalnya.
“Masalah kita sekarang adalah cuba untuk mengatasi masalah besar dari segi kualiti air dan sungai.
“Ancaman udara tidak ada kerana saya sendiri tidak membenarkan pembangunan atau industri yang boleh menye-babkan pencemaran udara.
“Tetapi ancaman air yang sedang kita hadapi pada masa ini akan dapat dielakkan tidak lama lagi sebaik kerja-kerja pelaksanaan sistem rawatan kumbahan bersepadu siap,” kata Taib.
Mengulas mengenai Agenda DBKU 2013, Taib berkata DBKU cuba memberi susunan yang lebih jelas agar pegawai-pegawai bertugas dapat memberi tumpuan dalam langkah memelihara alam sekitar dan sosial.
“Ini merupakan pembangunan lanjutan oleh DBKU tetapi cuba melibatkan lebih ramai penyertaan rakyat.
“Saya percaya DBKU dan juga Majlis Bandaraya Ku-ching Selatan (MBKS) dapat membangunkan bandar kita tanpa menimbulkan soal per-kauman seperti di bandar lain.
“Saya berharap agar kedua-dua pihak berkuasa tempatan terkemuka ini akan menekan-kan unsur-unsur budaya dalam jaringan kerjasama yang dijalankan,” ujarnya.
No comments:
Post a Comment