by Saleman Senin. Posted on January 25, 2013, Friday
BETONG: Perpaduan kukuh harus wujud dalam kepim-pinan untuk memajukan usaha bersama merang- sang transformasi pemba-ngunan negara.
Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud ber-kata, dalam memimpin se-suatu kerajaan, harus ada pemimpin yang merancang untuk membangunkan ma-syarakat serta menjadi tonggak dan ikutan tanpa dipe-ngaruhi oleh keangkuhan pihak yang cuba memecahbelahkan perpaduan kaum.
“Contoh yang paling jelas ialah teladan yang ditunjuk-kan oleh TYT Yang di-Pertua Negeri, Tun Datuk Pa-tinggi Abang Muhammad Salahuddin sendiri yang sentiasa memberi fokus untuk merancakkan transformasi dan perubahan negeri agar pembangunan yang dirancang dapat dijalankan sehalus- halusnya.
“Di samping itu, ajaran Rasulullah SAW yang menya-tupadukan masyarakat Islam terus menjadi ikutan dalam membina negeri yang maju dan membangun,” ujarnya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Perhimpunan dan Perarakan Maulidur Rasul 1434H Peringkat Negeri Sarawak yang berlangsung di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan di sini, semalam.
Sambil menyifatkan pimpinan ulung Nabi Muhammad SAW sebagai contoh terbaik segenap umat, Taib berkata perpaduan harus menjadi keutamaan rakyat agar segala rancangan pembangunan mencapai matlamatnya.
Beliau berkata, tema sam-butan Maulidur Rasul, Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah harus menjadi pan-duan untuk menjana kemajuan dengan kesederhanaan yang menuntut masyarakat berfikiran positif dan me-manfaatkan segala peluang pembangunan yang boleh diterokai.
Katanya, Betong khasnya daerah Kabong memiliki ramai penduduk dan tanah yang berpotensi untuk dibangun-kan dengan perladangan ke-lapa sawit menerusi konsep perkongsian persefahaman antara pemilik tanah.
“Kita merancang untuk membangunkan sebidang tanah seluas kira-kira 1,000 ekar untuk Tabung Pemba-ngunan Kabong dan bukan milik seorang sahaja.
“Bahagian Betong akan mempunyai banyak peluang perniagaan apabila hasil kelapa sawit dikeluarkan, selain kawasan Beladin menerusi hasil tangkapan ikan sebagai sumber pendapatan dan eks-port,” jelas beliau.
Terdahulu, sebanyak 120 kontinjen melibatkan 5,000 peserta mengambil bahagian dalam perarakan sejauh 5.7 kilometer bermula dari Kompleks Sukan Betong dan ber-akhir di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan.
Turut hadir Yang di-Pertua Negeri Tun Datuk Pa-tinggi Abang Muhammad Salahuddin serta isteri Toh Puan Datuk Patinggi Nor-kiah, isteri Ketua Menteri Puan Sri Ragad Kurdi Taib, Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang, Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Dato Sri Douglas Uggah Embas dan Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri Datuk Daud Abdul Rahman.
Sementara itu malam kelmarin, Yang di-Pertua Ne-ge-ri dan Ketua Menteri serta isteri masing-masing bersama 1,500 masyarakat Islam memeriahkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1434H di Masjid Jamek Betong di sini.
Selain solat maghrib dan isyak berjemaah, majlis diserikan dengan ceramah Maulidur Rasul oleh Mufti Negeri Sarawak, Ustaz Zulkifli Yassin yang menggariskan tema sambutan Maulidur Rasul, Wasatiyyah Tonggak Ke- satuan Ummah.
Dalam ceramahnya, beliau mengajak semua umat Islam bersatu menerusi konsep kesederhanaan, mengambil langkah pertengahan yang seimbang dalam mencapai kemajuan pada tahun 2020.
Menurut beliau, Malaysia menjadi contoh negara Islam seluruh dunia kerana perpa-duan kukuh dalam kalangan umatnya serta pendekatan sederhana dalam membina pembangunan insan yang seimbang dari segi kerohanian dan jasmani.
Majlis malam kelmarin turut dimeriahkan dengan zikir oleh Kumpulan Zikir Marhaban, gabungan ahli dari Betong dan Kabong.
No comments:
Post a Comment