Wednesday, December 21, 2011

PKR meracuni pelajar-pelajar menerusi SMM dan 'BEBAS'




Oleh Muda Tengah
Kami amat sedih dengan tindakan pelajar untuk menghuru-harakan Pusat Dagangan Dunia Putra beberapa hari lepas.  Kumpulan yang menggelarkan diri mereka SMM dan BEBAS telah mengakibatkan masalah trafik untuk ribuan kenderaan.  Dalam rancangan mereka untuk maksimakan publisiti untuk tindakan mereka, SMM dan BEBAS berarak di jalanraya dan mengakibatkan ribuan kenderaan terhenti dan lambat kepada destinasi mereka.

Setelah menduduki 'private premises' PWTC secara haran SMM dan BEBAS pula terpekik-pekik dan menggangu ketenteraman awam.  Pihak UMNO iaitu pemilik PWTC tidak menghalau gerombolan SMM dan BEBAS walaupun mereka mencerobohi premis persendirian.  Sebaliknya dengan hati yang murah dan lembut pimpinan UMNO sudi untuk menerima 'Memorandum' yang diasak oleh SMM dan BEBAS kepada mereka.


Sewaktu pemimpin UMNO dan Timbalan Menteri Plejaran Tinggi YB Datuk Saifudin Abdullah sedang berucap menerima 'Memorandum' SMM dan BEBAS tersebut, Adam Adli Bin Abdul Hamid dengan senyap menurunkan bendera pemimpin UMNO di perkarangan PWTC.  Mengetahui bahawa perbuatannya sungguh biadap dan terkutuk Adam Adli Bin Abdul Hamid memilih bendera yang paling jauh dari bangunan UMNO dan penglihatan orang ramai.  Waktu itu orang ramai sedang mendengar ucapan.

Seluruh gerakan dan pekikan gerombolan SMM dan BEBAS hari itu di 'control' oleh Naib Presiden PKR Tian Chua yang senantiasa berada dibelakang.

Adakah ibubapa mahu anak-anak mereka pergi ke pusat pengajian tinggi untuk mengambil pelajaran sebagai persiapan hidup atau memberhentikan trafik di bandaraya dan membuat kacau di premis persendirian?

Ibubapa menghantar anak-anak mereka ke pusat pengajian tinggi agar mereka dapat memperolehi pelajaran yang tinggi untuk kerjaya dan budaya yang tinggi.  Bukan untuk mengganggu perhatian anak-anak mereka terhadap pelajaran dan merendahkan budaya mereka.  Kita berharap PKR akan berhenti meracuni dan mengganggu masa depan pelajar-pelajar pengajian tinggi semata-mata untuk objektif rampas kuasa mereka

No comments:

Post a Comment