Wednesday, September 21, 2011

Wanita Sarawak bersemangat kental

SIMBOLIK: Fatimah menyalakan pelita sebagai simbolik perasmian Jamuan Teh Ramah-tamah Aidilfitri Persatuan Kuih-muih Sarawak dengan kerjasama Majlis Wanita dan Keluarga Sarawak di Kuching semalam.

by Agnes Tugong. Borneo Post on September 19, 2011, Monday
Ia terbukti apabila usahawan wanita bangkit semula selepas terjejas ekoran isu Golden Churn


KUCHING: Wanita Sarawak terutama di kalangan usahawan memiliki semangat yang kental dalam menghadapi apa jua cabaran.
Menteri di Pejabat Ketua Menteri Datin Fatimah Abdullah berkata ia terbukti apabila mereka (usahawan wanita) berjaya bangkit semula selepas terjejas ekoran isu mantega Golden Churn baru-baru ini.
Menurutnya, inilah sifat wanita Sarawak yang patut dicontohi dan dijadikan teladan oleh golongan wanita lain di luar sana.
“Isu Golden Churn baru-baru ini merupakan cabaran besar kepada golongan wanita yang bergiat dalam bidang usahawan apatah lagi ketika itu ia menjelang musim perayaan.
“Namun, usahawan wanita di negeri ini tetap bersemangat kental meskipun terpaksa menanggung kerugian besar ekoran isu tersebut.
“Semangat kental yang ditunjukkan ini membuktikan wanita negeri ini tidak mudah patah semangat serta patuh kepada undang-undang apabila segera menghentikan penggunaan produk yang diharamkan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Jamuan Teh Ramah-tamah Aidilfitri Persatuan Kuih-muih Sarawak dengan kerjasama Majlis Wanita dan Keluarga Sarawak di Wisma Wanita di sini semalam.
Hadir sama Pengerusi Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) Dato Sri Empiang Jabu, Pengarah Biro Wanita Norjanah Razali serta Pengerusi Persatuan Memasak dan Kuih-muih Sarawak Zaiton Istiar Khan.
Fatimah dalam ucapannya turut mengingatkan golongan wanita supaya sentiasa bersedia dan mempersiapkan anak-anak bagi menghadapi cabaran-cabaran yang mendatang.
Katanya, bilangan penduduk semakin bertambah dan sebahagian besarnya adalah daripada wanita yang turut menyaksikan pertambahan drastik dalam pencapaian pendidikan.

No comments:

Post a Comment