Monday, September 5, 2011
Perutusan Hari Raya Kpd Azman Mokhtar, Rashdan Yusof Khazanah & YB Tan Sri Nor Yacob
Di bawah adalah komen yang telah saya terima dari seorang pembaca blog, Sdr Ahmad Fathi Shah, yang saya hormati dan saya berharap sdr tidak akan membantah sekiranya saya berkongsi komen sdr sebagai satu artikel di dalam blog saya.
“YB, saya dan ramai rakan-rakan lain bersetuju dan menyokong perjuangan YB untuk memastikan bahawa sebarang deal antara Airasia dan MAS hendaklah memastikan keuntungan kepada Negara dan bukannya kepada syarikat perniagaan individu.
Harap YB dapat membawa isu ini ke Parliment dan membongkar hidden agenda berkepentingan sendiri.
Ramai yang was-was berhubung deal ini, ia lebih banyak memberi faedah intengible kepada Airasia, terutama apabila perjanjian ini menaikkan harga IPO AIrasia X dan memberi keyakinan kepada pelabur asing tentang masa depan airasia X, dan yang lucunya, khazanah kemudia akan membeli share Airasia x, padahal kerana perjanjian dengan MAS yang menyebabkan harga IPO airasia X bernilai tinggi, sepatutnya khazanah diberi discount untuk memiliki share airasia X.
TONY AKAN MEMASTIKAN BAHAWA MAS DAN FIREFLY TIDAK AKAN MENJADI PESAING KEPADA AIRASIA DAN SEKARANG SUDAH JELAS ‘KEBODOHAN” KHAZANAH YANG TIDAK “NAMPAK”..MAS SEKARANG DIMODELKAN SEBAGAI PENERBANGAN PREMIUM DAN BEGITU JUGA FIREFLY YANG MODEL PERNIAGAAN TELAH DITUKAR KEPADA PENERBANGAN PREMIUM SERANTAU. AIRASIA BERJAYA MEMATIKAN PESAINGNYA.
On paper dan ayat yang digunakan memang nampak cantik dan bagus..tetapi nampak macam ada yang meragukan.
1) Kenapa Nilai pertukaran saham disandarkan berdasarkan nilai spekulasi bukan berdasarkan nilai aset dan hutang kedua-dua syarikat…cuba perhatikan pergerakan saham…semasa perbincangan sedang dijalankan saham Airasia meningkat naik dan dan saham Mas meningkat turun…ini bermakna bahawa ketika penentuan harga saham, saham airasia tinggi dan Mas rendah dan ini menjadi faktor utama kenapa Tune Air mendapat 20.5 peratus dalam MAS dan MAS cuma mendapat 10% dalam Airasia…dan selepas perjanjian itu saham Airasia turun (nilai pegangan khazanah turun tetapi saham MAS naik, nilai pegangan Tune Air Naik…Tony untung)
2) Air Asia X mengalami persoalan tentang ketentuan dalam operasi masa depan mereka dan menjadi halangan dalam usaha mereka untuk menyenaraikan Air Asia X dan bagi mendapat harga yang baik, Perjanjian ini telah membantu Air Asia X memecahkan kebuntuan ini dengan mencanagkan kepada pelabur luar bahawa mereka mempunyai masa depan yang cerah terutama berjaya mematikan persaingan dari MAS, serta harapan cerah untuk mendapat hak pendaratan.
3) Agak aneh apabila 2 pegawai Eksekutif Airasia , dilantik menduduki jawatankuasa Exco MAS. Adakah khazanah percaya dan yakin bahawa kedua-dua mereka akan membuat keputusan yang lebih menguntungkan MAS dari Airasia apabila perlu membuat sesuatu keputusan kritikal yang melibatkan kedua-dua pihak pernerbangan.Dimana dalam pihak perngurusan dan eksekutif tertinggi Airasia tiada ada seorang pun wakil MAS yang mempunyai kuasa untuk memastikan bahawa keputusan dalam Airasia tidak merugikan atau bersaing dengan MAS.
4) Dari segi apakah yang MAS dapat manafaat dari AIRASIA, secara umum hampir semua bidang kolibrasi dengan nyata MAS mempunyai kelebihan berbandingan dengan Airasia.
5) Adakah ini bermakna bahawa firefly tidak akan menjadi penerbangan komuniti tambang murah? Maka Airasia berjaya melenyapkan persaing mereka, dengan cara mengubah konsep syarikat penerbangan firefly dengan menggunakan cadangan datang dari khazanah atau Exco pengurusan MAS.
6) Apakah perjanjian ini betul betul memberi manafaat kepada MAS atau lebih kepada menjadi tunggangan Tune Air untuk mencapai impian besar mereka.
7) Sekiranya sekarang ini saya masih boleh berpeluang untuk terbang dengan menggunakan MAS pada harga yang lebih rendah dari Airasia dan mendapat layanan 5 bintang, adakah dengan perjanjian ini maka MAS hanya untuk mereka yang membayar harga premiuem sahaja? Adakah ini bermakna rakyat biasa sukar menaiki syarikat penerbangan negara melainkan membayar harga premium?
8) Adakah firefly masih dibenarkan menawarkan harga tiket rendah seperti sekarang yang nyata lebih baik dari AIRASIA dan masih memberi khidmat dan layanan yang lebih baik dari AIRASIA.(Snack,minuman,check-in barangan,ketepatan waktu)
9) Adakah perjanjian ini diadakan demi kebaikan MAS atau kerana kecekapan sesetengah pihak yang pandai melobi?
10) Adakah Wakil Airasia didalam pengurusan MAS boleh berlaku jujur dan ikhlas untuk menguntungkan MAS dengan mengorbankan keuntungan peribadi, Kerana wakil Airasia akan mendapat lebih untung jika keputusan yang dibuat memenangkan AIRASIA, apalah dengan pegangan 20.5% dalam MAS jika dibandingkan dengan pegangan meraka dalam airasia, Ini jelas conflict of interest.
Tony tidak akan bersetuju untuk membernarkan firefly meneruskan konsep yg sedia ada, ini adalah demi kebaikan Airasia bukan untuk kebaikan firefly.
MAS terlalu lebih mantap dari segi jaringan dan networking,cuma MAS tak cekap melobi dan “boost” macam Tony. Even Tony mengaku sebelum ini beliau sibuk meloby..sekarang baru nak buat kerja.
Selamat berjuang YB.”
Terima kasih Sdr atas komen dan pandangan yang amat bernas yang saya amat hargai. Saya jamin akan mengungkitkan “MAS - AirAsia Share Swap of the century” ini di Dewan Yang Mulia pada sessi Oktober 2011.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Harap-harap trend "tingkat 4" tidak berlaku lagi..ECM-Libra, jual Agusta Euro $1,semua ini dilakukan oleh pakar-pakar putar belit yang bijak manipulasi account dan membuat presentation yang baik...padahal ini semua untuk kroni-kroni puak mereka....yang mendapat nama buruk adalah Kerajaaan yang menjadi penyamun dand pengkhianat adalah mereka yang bertali leher...atau dakah mereka dikhazanah terlalu pandai atas kertas sahaja sehingga tidak dapat melihat apa yang tersirat dan tersurat..hidden agenda...
ReplyDelete