Sunday, September 25, 2011

Biro Ekonomi PBB harap rakyat berpendapatan rendah Sarawak tidak dieksploit



By Muda Tengah

Hampir 2 bulan yang lepas kita mendengar pengumuman bahawa pasukan pengurusan yang diketuai oleh Sir Tony Fernandez AirAsia telah mengambil alih pengurusan MAS.
Kami ingin kemukan soalan kepada Sir Tony Fernandez samada pengurusan MAS yang dipengaruhi olehnya akan menutup semua flight Fireflyz di Kuching dan Sibu.  Saya turut bersama dengan Yang Berhormat Datuk Amar Abang Johari Menteri Pelancongan Sarawak dan Badan Pelancongan BIMP-EAGA bimbang dengan pertukaran shares oleh Airasia dan MAS.  Timbalan Menteri Pelancongan Malaysia Yang Berhormat Datuk James Dawos Mamit juga telah menyatakan bahawa kekurangan penerbangan ke Sarawak adalah penyebab utama pelancong tidak bertambah ke Sarawak (Sarawak tribune 22/9/2011). 

Adakah Sir Tony Fernandez telah mempengaruhi ‘pengurusan sementara’ MAS untuk menutup penerbangan Fireflyz di Sarawak dan memberi syarikat miliknya AirAsia monopoly dalam sektor kos rendah itu?  Kalau benar Fireflyz dipaksa tutup penerbangan mereka ke Sarawak maka ia bukan sahaja merosotkan lagi pelancongan Sarawak tetapi juga membuatkan rakyat berpendapatan rendah Sarawak terpaksa beli tiket Airasia.  Saya harap Sir Tony Fernandez dapat memberi penjelasan.
 
Abdul Aziz Adenan
Biro Ekonomi Pemuda PBB Sarawak
 



Berita Harian 24/9/2011
KUCHING: Biro ekonomi Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mahu Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Bhd, Tan Sri Tony Fernandes memberi penjelasan mengenai sama ada Firefly dipaksa menamatkan penerbangan ke Sarawak berikutan pengambilalihan pengurusan Malaysia Airlines (MAS).
Dalam satu kenyataan hari ini, penasihatnya, Abdul Aziz Adenan berkata, beliau berkongsi kebimbangan Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Dr James Dawos bahawa kurangnya penerbangan ke Sarawak adalah punca utama ketibaan pelawat yang kecil ke negeri itu.
"Jika Firefly dipaksa menamatkan penerbangan ke Sarawak, ia bukan saja memburukkan lagi industri pelancongan negeri itu malah penduduk Sarawak yang berpendapatan rendah terpaksa membeli tiket daripada AirAsia," katanya.

Beliau berkata, Menteri Pelancongan dan Warisan negeri, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, dan Majlis Pelancongan Kawasan Pertumbuhan Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina juga bimbang terhadap pertukaran saham MAS-AirAsia. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment