Monday, July 22, 2013

Pehin Sri Abdul Taib Bin Mahmud melakukan yang terbaik dalam melindungi hak-hak Sarawak - Datuk Dr Jeffery Kitingan



Sarawak dipuji ingati merdeka

Borneo Post on July 22, 2013, Monday
BERSEJARAH: Jeffery (kiri) tertarik dengan aksesori tradisional yang dikenakan oleh salah seorang peserta Program Hari Sarawak Merdeka di Kuching semalam.
KUCHING: Presiden Yayasan Warisan Borneo (BHF) Datuk Dr Jeffery G Kitingan bangga dengan langkah berani kerajaan Sarawak mengadakan sambutan bagi memperingati hari kemederkaan Sarawak daripada jajahan British.
Meskipun langkah tersebut agak terlewat, namun menurut beliau ia lebih baik daripada tidak diraikan langsung.
“Memang benar Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud mungkin ada kelemahan, tetapi beliau melakukan yang terbaik dalam melindungi hak-hak Sarawak.
“Dengan meraikan Hari Sarawak Merdeka, ia adalah langkah berani dan saya mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri atas usaha ini,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program Hari Sarawak Merdeka di sebuah hotel di sini semalam.
Dalam pada itu, beliau turut berharap agar tarikh 22 Julai akan diumumkan ” “ Datuk Dr Jeffery G Kitingan Presiden BHF sebagai cuti umum oleh Kerajaan Sarawak dan tidak menjadikan sambutan khas hari ini sebagai acara sekali sahaja.
“Kami tidak mahu acara esok (hari ini) diadakan sekali sahaja setiap 50 tahun.
Ia perlu diraikan setiap tahun dan semua rakyat harus tahu makna sambutan ini,” katanya.
Menyentuh mengenai kesedaran di kalangan rakyat Sarawak mengenai erti 22 Julai, pengerusi Parti Reformasi Negeri (STAR) Cabang Sabah ini berkata ia semakin menggalakkan dan berharap ia akan dimasukkan dalam subjek Sejarah di sekolah.
“Saya fikir ia harus diajar di sekolah. Kenapa kita harus menyembunyikan maklumat ini?” soalnya.
Beliau dalam pada itu turut berharap Sarawak tidak akan mengulangi kesilapan yang dibuat oleh Sabah dengan membenarkan parti Semenanjung Malaysia memasuki negeri mereka dan mengambil alih kerajaan.


No comments:

Post a Comment