Friday, March 1, 2013

BN Sarawak menang lebih 25 kerusi parlimen - YB Datuk Amar Abang Abdul Rahman Zohari





PBB yakin BN mampu pertahan lebih 25 kerusi

Borneo Post on March 1, 2013, Friday
KUCHING: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yakin Barisan Nasional (BN) mampu mempertahankan lebih 25 kerusi Parlimen yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.
Timbalan Presiden PBB Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata, ia berdasarkan sokongan rakyat terhadap BN kerana mereka sedar BN sentiasa menunaikan janji tidak seperti pembangkang.
“BN boleh menang lebih daripada 25 kerusi Parlimen tetapi kita tidak mahu berasa selesa dengan keadaan ini kerana kita mahu semua jentera bekerja keras untuk memastikan kemenangan.
“Kita lihat sekarang, rakyat sedar kerajaan yang ditadbir BN menunaikan janji berbanding pembangkang yang menampakkan kegagalan dalam mengurus tadbir empat negeri yang diperintah mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri Abdullah Saidol semalam mengenai perkara itu semasa ditemui selepas melancarkan ‘My Beautiful Sungai Bintangor’ di tebingan sungai itu di sini, semalam.
“Kalau kita lihat empat negeri di bawah pembangkang, kesemua negeri ini bermasalah dan retak… saya nampak setiap negeri yang ditadbir pembangkang juga terumbang-ambing.
“Kalau rakyat mahu memberi kepada parti yang sudah menunjukkan kerapuhan ini untuk mentadbir negara bagaimana mereka nak menguruskan negara nanti,” tambahnya.
Pada masa yang sama, Abang Johari memberitahu melihat dari sudut ketelusan, pembangkang tidak setelus seperti mana yang mereka laung-laungkan.
“Mereka sendiri tidak mengamalkan pemilihan menerusi pilihan raya dalam parti (bagi menentukan pucuk kepimpinan parti),” tegasnya.
Justeru, beliau menyerah kepada rakyat di negara ini untuk menilai sendiri siapa pembangkang sebenarnya.
“Terserah kepada pengundi untuk menilai tetapi saya yakin apa yang terbaik, kita hanya berusaha Tuhan yang akan menentukannya nanti,” ujarnya.


1 comment:

  1. Idealist thinking is good but FOR REALIST ,SITUATION IS NOT TOO GOOD .ABG JO PERCEIVED HIS IDEAL BUT IN REALITY ,16 Problems areas . I bet with my bottom dollar that BN WILL LOST AT LEAST 10 seats .In Semenanjung the WORST IS GLARINGLY SEEN whilst SABAH ,likely to lose 10 or more seats too .WE HAVE TO BE CRITICAL and ANALYTICAL .

    ReplyDelete