Sunday, June 27, 2010

Pesanan Datuk Ibrahim Ali kepada khairy jamaludin





Ini adalah petikan ucapan Dato Ibrahim Ali yang telah aku ambil dari Malaysia-Instinct! Memang berapi dan aku sokong statement Presiden Perkasa ini:

“Saya cadangkan kepada kerajaan supaya melantik Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin sebagai wakil tetap negara ke Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) bertaraf menteri kerana dia sahaja yang faham globalisasi.”

Demikian reaksi Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali ketika mengulas kenyataan Khairy yang menyifatkannya sebagai jaguh kampung dan menjadi penghalang kepada semangat 1Malaysia.

Ibrahim berkata, pertubuhan tersebut sememangnya ‘jaguh kampung’ kerana di kawasan tersebut terdapat ramai orang Melayu dan bumiputera yang memerlukan pembelaan.

Katanya, Perkasa terpaksa memperjuangkan hak kaum pribumi kerana nasib mereka semakin dihimpit apatah lagi Pergerakan Pemuda UMNO yang dipimpin Khairy semakin lesu.

“Saya gembira (dengan kenyataan Khairy) sebab saya memang dibesarkan dengan nyamuk di kampung dan bukannya dilahirkan di Kuwait apatah lagi belajar di Oxford.

“Maka sebab itu nasib orang kampung khususnya Melayu dan bumiputera perlu dibela kerana banyak isu yang dibangkitkan hari ini membabitkan kepentingan bumiputera.

“Perkasa hanya mengisi ruang di atas kegagalan Pemuda UMNO yang semakin lesu di bawah pimpinan Khairy,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan kenyataan Khairy yang mendakwa pendekatan digunakan Perkasa terhadap sesuatu isu merupakan penghalang kepada semangat 1Malaysia.

Jawapan itu diberikan Khairy ketika ditanya mengenai kenyataan Ibrahim yang mendesak beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Rembau kerana dikatakan membelakangkan agenda Melayu.

Ia berikutan tindakannya mempertahankan kenyataan Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr. Wee Ka Siong dalam isu biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Kelmarin, Ka Siong yang juga Timbalan Menteri Pelajaran menafikan bahawa beliau mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu.

Khairy turut dilaporkan berkata, pendekatan Ahli Parlimen Pasir Mas berkenaan sudah ketinggalan zaman dan tidak lagi laku untuk diguna pakai dalam era globalisasi.

Ibrahim berkata, Khairy tidak perlu menjadi penyibuk kerana apa yang dibangkitkan sebelum ini hanya membabitkan Ka Siong yang mempersoalkan hak bumiputera dalam isu biasiswa.

“Kenapa tiba-tiba dia pertahankan Ka Siong sedangkan jelas pemimpin MCA ini mempertikaikan hak keistimewaan Melayu kerana saya percaya laporan akhbar tidak silap.

“Saya ingin bertanya di mana pendirian Khairy ketika Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Nasir Safar dan bekas Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail dihentam kerana membela Melayu?,” katanya.

Beliau turut mendakwa Khairy menjadi penyumbang kepada kebencian rakyat terhadap UMNO dan kekalahan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum lalu.

“Apakah Khairy faham konsep 1Malaysia, Perdana Menteri sebelum ini berulang kali menyatakan bahawa konsep tersebut tidak sama dengan gagasan Malaysian Malaysia yang dibawa oleh DAP kerana 1Malaysia masih di bawah payung Perlembagaan negara,” katanya.

Beliau juga mendakwa mempunyai bukti bahawa ada pelajar Melayu tidak mendapat biasiswa walaupun memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

“Semalam seorang ibu menghubungi saya kerana anaknya, Muhd. Asyraf Fahmi Abdul Razak dari Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu yang mendapat 12A tidak mendapat biasiswa untuk ditempatkan ke universiti yang lebih baik.

“Saya akan membawa kes ini mengikut prosedur tetapi sekiranya pelajar ini tidak diberikan biasiswa saya akan memulakan langkah untuk menyaman kerajaan,” katanya.


video

No comments:

Post a Comment