Monday, June 7, 2010

Hapuskan hak Melayu -- Janji DAP sekiranya pembangkang memenangi pilihan raya



PETALING JAYA 24 Nov. - DAP yang bersekongkol dengan Pas dan Keadilan sekali lagi berjanji akan menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu bagi memberi laluan kepada gagasan Malaysian Malaysia sekiranya memenangi pilihan raya 29 November ini.

Timbalan Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng turut menegaskan akan menolak sama sekali penubuhan negara Islam.

Beliau berkata, dengan wujudnya Malaysian Malaysia semua kaum akan menikmati keistimewaan yang sama adil tidak seperti yang diamalkan oleh kerajaan sekarang.

Beliau berjanji, tidak akan wujud lagi sebarang perbezaan dan diskriminasi kaum di antara orang Melayu, Cina dan India.

Guan Eng menegaskan demikian semasa berucap di ceramah politik yang dihadiri oleh kira-kira 500 orang, di sini, malam tadi.

Turut hadir, Naib Presiden DAP, Ahmad Nor dan calon pakatan pembangkang bagi Dewan Undangan Negeri Kampung Tunku, T. Kannan.

''Kami masih berpegang dengan pendirian, menolak kerajaan Islam kerana gagasan Malaysian Malaysia tidak akan memberi sebarang keistimewaan kepada mana-mana kaum, sebaliknya, semua pihak akan mendapat taraf sama rata yang lebih adil,'' jelas Guan Eng yang baru dibebaskan dari penjara atas kesalahan fitnah itu.

Gagasan Malaysian Malaysia pada asalnya dideklarasikan dalam satu perhimpunan Parti Tindakan Rakyat (PAP) pimpinan Lee Kuan Yew di Singapura pada 8 Mei 1965.

Ia kemudian diteruskan oleh DAP yang merupakan anak didik PAP setelah Singapura disingkirkan dari Malaysia, ketika parti itu mula memperjuangkan ideologi mereka pada tahun 1969 yang ternyata berbau 'anti-Melayu.'

Bagaimanapun, gagasan yang kononnya berasaskan kepada penyamaan hak semua kaum bagi mencapai keadilan dan demokrasi yang lebih efisien itu menyepi buat seketika apabila Setiausaha Agung DAP, Lim Kit Siang memulakan projek Tanjungnya untuk merampas Pulau Pinang dari terus dikuasai oleh BN.

Gagasan itu yang turut menimbulkan kebimbangan kepada tercetusnya kekacauan seterusnya diwujudkan kembali pada ulang tahun ke-30 parti itu pada 12 Mei lalu, walaupun mendapat tentangan pelbagai pihak yang menyedari muslihat halus gagasan berkenaan.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad ketika mengulas pewujudan kembali gagasan itu turut menyifatkan ia sebagai punca segala ketegangan yang akan mencetuskan akibat buruk sekiranya ia dilaksanakan di negara ini.

Guan Eng juga di majlis itu dengan lantang DAP menolak penubuhan negara Islam walhal sekutu mereka, Pas terang-terangan mengumumkan bahawa mereka akan mengamalkan corak pemerintahan yang berlandaskan kepada Islam yang tulen.

Beliau yang mengistilahkan MCA sebagai 'Money Collective Agency' (Agensi Pengumpul Wang) turut mendakwa hanya DAP dan parti pembangkang yang lain seperti Pas, Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan Keadilan yang layak dipercayai kerana mengamalkan dasar politik yang bersih.

ARKIB : 25/11/1999 Utusan Malaysia



video

No comments:

Post a Comment