Sebahagian Teks Ucapan YAB Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Abdul Taib Mahmud
Perdebatkan dasar pembangunan dengan menyeimbangkan spekulasi masa depan, realiti
KUCHING: Generasi muda harus bijak memperdebatkan dasar-dasar pembangunan negeri Sarawak khas-nya dengan memberi penekanan kepada spekulasi-spekulasi mengenai masa depan.
Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata bagaimanapun nilai spekulasi dalam perdebatan itu harus memberitahu umum mengenai realiti dan menyeimbangi semua aspek.
“Apabila anda berdebat me-ngenai dasar-dasar pembangunan negara mahupun negeri, anda akan bercakap mengenai apa yang boleh berlaku, mak-nanya rangka perdebatan akan lebih kepada spekulasi mengenai masa depan.
“Namun nilai spekulasi ini banyak bergantung kepada sejauh mana ia memberitahu anda dan umum tentang realiti.
“Itulah yang saya lakukan setiap kali merancang dasar ekonomi baharu, dengan demikian debat tidak hanya melibatkan kakitangan kerajaan atau sektor ekonomi tetapi melibatkan golongan berpendidikan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika melancarkan portal Internet yang berpangkalan di Sarawak iaitu OurYouth.my di sebuah hotel terkemuka di sini semalam.
Taib memberitahu, generasi hari ini harus bijak memilih strategi yang betul untuk menambah baik program pemba-ngunan dengan menyeimbangi semua aspek iaitu memelihara alam sekitar, mengekalkan ke-amanan dan memastikan golo-ngan miskin serta kurang upaya tidak ketinggalan daripada arus pembangunan.
“Semua ini adalah perkara yang mesti diberi penekanan dan menjadi kebimbangan rakyat yang bertamadun termasuk anda (generasi muda) kerana jika anda lebih prihatin dan anda boleh melihat pihak mana akan tercicir,” ujarnya.
Ketua Menteri berkata generasi muda perlu lebih kritikal dalam melakukan pendebatan kerana menerusi pendekatan itu mereka boleh membantu kerajaan menambah baik perubahan.
Selain itu katanya pendekatan itu akan dapat menentukan cara terbaik yang boleh membawa seterusnya memastikan perubahan berlaku lebih relevan kepada kumpulan generasi muda yang lebih besar.
Menurutnya jika tiada langkah seumpama itu dilakukan jurang generasi yang dialami sejak merdeka lagi dan usaha merapatkan jurang itu banyak bergantung kepada generasi muda hari ini.
“Selalunya generasi muda menyuarakan pandangan mereka dan generasi tua cuba mendengar, membuat keputusan berdasarkan apa yang difikirkan baik dan diterima pakai oleh kedua-dua generasi, seterusnya mengharapkan yang terbaik.
“Namun saya tidak pasti sama ada anda tahu wujudnya had antara anda dengan orang yang membangunkan negara.
“Had ini perlu bagi memastikan perancangan semula dan perubahan berjalan dengan lancar,” ujarnya.
Taib berkata kenyataan itu tidak harus diabaikan oleh generasi muda dan sedar bahawa sentiasa wujudnya jurang maklumat antara pihak yang merangka dan melaksanakan perubahan untuk manfaat generasi tersebut.
Dalam pada itu beliau percaya jurang generasi itu akan dapat dirapatkan jika kedua-dua generasi berjalan seiring menuju hala tuju sama dan generasi muda lebih peka serta berminat terhadap perkara yang berlaku dan pada masa sama cuba mencari penyelesaian baharu.
“Penyelesaian baharu kepada masalah akan datang amat perlu kerana ada kemungkinan penyelesaian sedia ada atau lama masih relevan dan tidak kurang juga yang sudah ketinggalan zaman.
“Oleh itu, peranan rakyat merapatkan jurang ini banyak bergantung kepada anda generasi muda hari ini dan orang seperti saya, dari generasi lalu boleh memberitahu anda apa yang sudah berlaku pada masa lalu… diharap anda boleh belajar daripadanya,” tambah beliau.
Hadir sama pada majlis itu kedua-dua Menteri Muda Datuk Dr Stephen Rundi dan Abdul Karim Rahman Hamzah, Ketua Pegawai Eksekutif AZAM Datu Aloysuis Dris dan pengerusi penganjur yang juga Pengarah Conqueror’s Vision Sdn Bhd syarikat yang menginisiatif portal berkenaan, Datuk Patrick Liew.
Taib asks bloggers to protect Sarawak’s, nation’s interests
by Samuel Aubrey, reporters@theborneopost.com. Posted on September 28, 2012, Friday
KUCHING: Chief Minister Pehin Sri Abdul Taib Mahmud has called on bloggers to play their part in protecting both state and national interests.
He pointed out bloggers have an important role to play in the face of the constant propaganda being churned out against the state and its development programmes.
“I’d love to see more bloggers who are not someone who repeat what the international people say. To me, bloggers are not a nuisance. They are part of our development to protect our interests. If you (bloggers) can do that, we are safe,” he said.
Taib said this during a dialogue with 50 youths comprising bloggers and fresh graduates in connection with the launching of lifestyle portal ouryouth.my recently.
The youths were given the chance to ask questions and interact with the Chief Minister during the almost two-hour long session.
Taib also shared his vision for the Sarawak Corridor of Renewable Energy (SCORE) and human capital development strategies adopted for it.
He also advised the youths to treasure the unity of the many races in the state, stressing that Sarawak, which has a small and scattered population, cannot afford to be disunited.
Among those present were Assistant Ministers of Youth Development Datuk Dr Stephen Rundi and Abdul Karim Rahman Hamzah and Angkatan Zaman Mansang (Azam) chief executive officer Datu Aloysius Dris.
No comments:
Post a Comment