Monday, April 16, 2012

Sultan Ibrahim Ali Omar Shah Sultan Tengah



Oleh Muda Tengah

Bersambung dari artikel sebelum ini iaitu 'Sarawak Darul Hana'.

Sarawak Darul Hana mula makmur dan ekonomi berkembang pesat dengan terdirinya kerajaan Sarawak oleh Sultan Ibrahim Ali Omar Shah Sultan Tengah.  Antimoni dijumpai di Sarawak pada zaman Datu Merpati Jepang (sekitar 150 tahun sebelum Pengiran Muda Tengah datang ke Satubong/Serawak). Dengan terdirinya kerajaan Sarawak oleh Sultan Tengah baginda telah membina jeti-jeti dan laluan jalan ke lombong-lombong.  Dengan infrastruktur yang dibina kerajaan Sultan Tengah maka bijih berharga itu mula di 'ekspot' ke luar negara.  Dengan 'foreign currency' (dahulu dalam bentuk emas dan perak) Sarawak Darul Hana menjadi lebih kaya raya.

Lebih ramai Iban dan Bidayuh dari Kalimantan mula berhijrah ke Sarawak mengikut kemakmuran ekonomi ini.  Juga keselamatan rakyat Sarawak juga terjamin dengan terdirinya sebuah kerajaan di tanah Sarawak.

Berkurun lamanya keselamatan di pesisiran laut Serawak dan Kalimantan Barat tidak terjamin dengan kegiatan lanun yang berleluasa.  Juga di sungai-sungai besar Sarawak kegiatan lanun mengancam nyawa dan harta benda perdagangan.  Sultan Tengah membawa keselamatan dan keamanan kepada pesiriran pantai Sarawak dan muara-muara sungai-sungai besar.  Di zaman pemerintahan Sultan Tengah mana-mana perkampungan atau rumah-rumah panjang yang di ancam lanun boleh meminta pertolongan dari Sultan Sarawak.  Dengan keamanan dan keselamatan ini ekonomi Sarawak lebih makmur dan penduduk bertambah.

Tapak pusat perdagangan juga dibina oleh Sultan Tengah di tempat yang dikenali sebagai Bandaraya Kuching sekarang.


Berpuas hati dengan keselamatan dan kemakmuran yang dikecapi oleh rakyat Sarawak maka Sultan Ibrahim Ali Omar Shah menerima jemputan dari Sultan Johor Sultan Alauddin Riayat Shah III untuk melawat Johor.  Baginda berkenan dan belayar dari Santubong/Sarawak ke Johor.

No comments:

Post a Comment