Monday, January 16, 2012

Akhbar Nanyang Siang Pau menghina dan memperlekeh Tun Mahathir Mohamad


tunfaisal.blogspot.com

Akhbar Cina kurang ajar dengan Tun M, tidak dapat terima hakikat Anwar meliwat?

Nota: Sebenarnya saya pun tidak tahu bagaimana editor akhbar Nanyang boleh menyiarkan artikel seperti ini. Sudahlah tiada fakta, bersikap kurang ajar pula kepada pemimpin negara yang banyak berjasa. Saya fikir sikap kurang ajar ini bermula dari keluarga penulis artikel tersebut. Tidak mengapa jika penulis terdidik menjadi kurang ajar, tapi editor akhbar perlu bertanggungjawab agar tidak mendidik pembacanya menjadi kurang ajar. Artikel di bawah ini tiada fakta, hanya sampah dari analisis yang dangkal. Nak jadi pengkritik semasa pun biarlah ada kualiti. Bila pengkritik semasa yang tidak berkualiti diambil, nampak sangatlah akhbar ini hanya berminat menyajikan sampah kepada pembacanya
Saya menyiarkan terjemahan artikel ini untuk menunjukkan kepada khalayak yang tidak tahu membaca bahasa Cina, agar mereka faham, sampah bagaimanakah yang dihidangkan oleh akhbar ini kepada pembacanya. Mungkin editor kena ikuti standard akhbar berbahasa Melayu dan Inggeris yang menyiarkan kritikan yang jauh lebih berkualiti dari tulisan ini. Mungkinkah jumlah pemikir yang menguasai bahasa Cina semakin berkurangan di negara ini sehingga pengkritik berkualiti sampah pun terpaksa diupah?
Apa pun akhbar ini telah bersikap kurang ajar terhadap pemimpin ulung negara, Tun Dr Mahathir Mohamad. Keduanya, akhbar ini masih dalam sindrom penafian/denial syndrom kerana tidak boleh menerima hakikat bahawa mahkamah tidak menafikan perlakuan meliwat. Keputusan mahkamah rayuan 2004 juga tidak pernah menafikan kemungkinan berlaku perlakuan meliwat. Peguam Anwar Ibrahim, Karpal Singh dan Sankara Nair juga membayangkan ia berlaku. Malah Karpal mencadangkan bahawa ia berlaku secara Suka Sama Suka.

Nanyang Siangpau
Anwar Ibrahim- Tun Mahathir?
Opinion Yuanlun m/s A16
13 Januari 2012 (Jumaat)
Tun Mahathir Tidak Perlu Terapung Di Laut
Wong Zi/ pengkritik semasa
Kes liwat Anuar Ibrahim telah dibuang case, tidak kira apa pula yang mahu disebutkan semua tidak terkata, sudah tentu ia tidak dapat menghalang ramai orang akan berfikir sejenak, ini adalah keputusan yang dibuat oleh orang yang bijak.Walaupun ada orang berkata, keputusan ini tidak memberi manfaat kepada BN, menyebabkan Pakatan Rakyat menang besar dan untung besar. Sedangkan kepimpinan ketiga-tiga parti gabungan Pakatan Rakyat boleh mendabek dada dan bersemngat tinggi menghunuskan pedang berteriak mahu masuk ke Putrajaya!
Apabila Anwar Ibrahim dijatuhkan dengan keputusan tidak bersalah dan dibebaskan, dengan serta merta rakyat Malaysia peka terhadap satu lagi episod isu iaitu bekas pembesar kita, apa yang akan berlaku kepada Tun Mahathir? Dimana Tun Mahathir pernah berkata, jika Anwar Ibrahim jadi perdana menteri, beliau akan lari ke luar negara untuk menghabiskan sisa-sisa hidup.
Dalam keadaan seperti ini, sebaliknya Tun Mahathir masih boleh bersemangat tegap seperti biasa, sebab itu beliau berkata kepada pihak media beliau rasa terperanjat, namun beliau melihat perkara itu seperti biasa apa yang dikeputusan oleh mahkamah, membuktikan bahawa tanggapan Pakatan Rakyat kes liwat adalah satu konspriasi yang berniat jahat.
Calon Dari Kalangan Orang Melayu Tidak MencukupiWalaupun semangat pemimpin-pemimpin dari kalangan Pakatan Rakyat berkubar-kubar, mempaparkan sikap megah yang begitu tinggi, itu semuanya adalah kata-kata yang diluahkan berbentuk badan politik. Jika benar-benar UMNO tidak mengkajinya sebelum ini, tidak mungkin berani lepaskan harimau ganas keluar dari hutan? Walaupun dikatakan Anwar Ibahim itu sangat hebat, sebaliknya sokongan sejati dari kalangan ahli-ahli PKR sendiri sudah tidak memberangsangkan.
Jika mereka kerahkan ahli-ahlinya membuat demonstrasi di jalanan, mungkin masih boleh lagi, tetapi jika mahu mereka tubuhkan kerajaan, letakan mereka-mereka itu di setiap organisasi kerajaan untuk mentadbir rakyat serta mentadbir keamanan negara ini, sudah tentu setiap jabatan dalam kerajaan yang boleh muatkan ahli-ahli mereka dari kalangan orang-orang Melayu bilangannya tidak mencukupi yang bagitu ketara.
Jika jawatan-jawatan itu disandang oleh orang Cina dan orang-orang India, adakah orang-orang Melayu dalam PKR dan tiket-tiket undi orang Melayu yang menyokong itu setuju? Dalam tiga gabungan parti, PKR perlu ada calon Melayu yang mencukupi dan mempunyai orang Melayu yang boleh diharapkan dalam tugas-tugas itu, kini agak susah dicari.
Jika orang-orang Melayu yang layak itu, mereka tidak ada dalam senarai pencalonan PRU, benarkah mereka masih bertenaga dan boleh lagi bermegah seperti PRU 2008, bolehkah lagi mereka buat sesuatu yang luar biasa di kawasan pengundi Melayu, bolehkah mereka lakukan sekali lagi minta Postman dan askar pencen untuk jatuhkan UMNO? Kali ini adakah sejarah itu akan berulang lagi?
Kes liwat Anwar Ibrahim tidak menjadi, jika Tun Mahathir rasa kurang senang, langkah terakhir, Tun Mahathir boleh juga buat sedikit persediaan, pergi lari terapung di tengah lautan, tetapi beliau juga masih boleh seperti Lee Deng Hui (bekas presiden Taiwan) kekal di Taiwan, masih boleh beri tunjuk ajar kerajaan di Kepulauan Taiwan itu, membuat ribut dan kecuh.

3 comments:

  1. KDN mesti ambil tindakan walaupun suratkabar Cina.Kita tengok apa kata Hishamuddin.

    ReplyDelete
  2. Si Wong Zi apa tau jadi alat DAP. Dia tak fikir ke kenapa Anwar masa keluar penjara tak saman Tun sampai ke hari ini. Tun berfikiran jauh kalau dia tidak ada bukti yg kukuh Tun takkan menuduh Anwar 'MELIWAT'. Sebenarnya Tun ada simpan bukti yg membuat Anwar tak berani dakwa Tun.

    ReplyDelete
  3. Kita minta Anwar saman Saiful pulak kali ni. Kita tunggu kalau dia berani

    ReplyDelete