Sunday, November 20, 2011

Beri kontrak kepada syarikat Sarawak - Murni Suhaili

November 18, 2011, Friday
Syarikat negeri ini ada kepakaran setara atau lebih dari segi keadaan setempat
KUCHING: Syarikat minyak dan gas seperti Shell dan Petronas sewajarnya memberi peluang kontrak yang lebih banyak kepada syarikat-syarikat dari Sarawak.
Perkara ini dinyatakan oleh Murni Suhaili (BN-Daro) dalam ucapan perbahasan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini semalam.
Menurut ADUN Daro ini, syarikat-syarikat dari Sarawak turut mempunyai kepakaran yang setara atau lebih daripada syarikat-syarikat lain dari segi keadaan setempat.
Pada masa yang sama menu-rutnya, kita mahu agihan kek ekonomi yang adil dan saksama kepada syarikat-syarikat dari negeri ini.
“Sarawak mempunyai perolehan daripada hasil bayaran dan pelaburan yang dikaitkan dengan minyak dan gas daripada Shell dan Petronas yang mana kedua-dua syarikat ini berpangkalan di Miri.
“Kalau kita bandingkan peratusan dan bilangan kontraktor berlesen di Miri yang berkaitan dengan syarikat-syarikat Sarawak, hanya 7.3 peratus sahaja kontraktor Sarawak bagi sektor Petronas,” katanya.
Tambah Murni, bagi syarikat Shell, 115 daripada 972 atau 12 peratus sahaja kontraktor adalah syarikat dari Sarawak dengan jumlah kontrak untuk tiga tahun bermula 2008 ialah 346 bernilai RM4,817 juta.
“Apa yang kita mahu ialah supaya syarikat dari Sarawak diberi peluang kontrak yang lebih banyak oleh Shell dan Petronas sepertimana yang difahamkan berlaku di negeri Sabah,” katanya.

1 comment: