by Henrietta Liza. Posted on October 7, 2011, Friday
Ahli Parlimen dan ADUN seharusnya menjalin kerjasama dalam membangunkan rakyat di konstituensi masing-masing: AdenanKUCHING: Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) seharusnya menjalin kerjasama antara satu sama lain dalam membangunkan rakyat di konstituensi masing-masing.
Menteri Tugas-tugas Khas Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem berkata demikian ketika menegur segelintir Ahli Parlimen dan ADUN yang bertelagah pendapat dan tidak menyukai sesama sendiri.
“Tidak perlu saya menyebut nama, kadangkala ada yang sampai sabotaj tetapi ia patut dielakkan daripada berlaku,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Barisan Nasional (BN) Parlimen Santubong malam kelmarin.
Bagaimanapun, Adenan memuji keprihatinan dan komitednya Ahli Parlimen Santubong Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar membantu rakyat di konstituensinya itu.
“Sejak 30 tahun saya menjadi ahli politik, sudah berapa Ahli Parlimen yang saya kenali, tetapi Dr Wan adalah seorang yang berpengetahuan, aktif dan komited membantu rakyat dan tiada yang setandingnya,” meskipun menyifatkan pencalonan Wan Junaidi terletak kepada kepimpinan parti.
Pada masa yang sama, Adenan menasihati pemim-pin BN agar berjaga-jaga dengan propaganda yang bakal menjadi senjata kepada kelancangan pembangkang memburukkan calon.
“Bila kita sudah hendak berpilih (pilihan raya), yang tidak ada, diadakan, benda yang tidak besar, diperbesarkan menjadi isu, harus berjaga-jaga awal, ditambah lagi dengan penubuhan parti baru, lihat sahaja dalam akhbar, juga tabiat orang kita yang harus diawasi,” tegasnya.
Beliau menyelar slogan pembangkang iaitu UBAH yang mana katanya: “Perubahan bukan perkara baru dalam BN sedangkan merubah negara mundur kepada negara maju seperti sekarang dilakukan oleh kerajaan terdahulu,” katanya.
Sementara Wan Junaidi yang juga timbalan spea-ker Dewan Rakyat berkata, kelemahan di kawasan yang dipimpin parti pembangkang harus dikaji untuk memperbaiki kekuatan jentera kerajaan semula.
“Pembangkang tidak memberi apa-apa kepada rakyat tetapi masih mendapat sokongan rakyat dan jika kelemahan ini dijumpai, kepentingan parti dan BN harus didahulukan dan bukannya kepentingan sen-diri,” katanya.
Beliau mahu pergerakan di peringkat akar umbi di kawasan Santubong memulakan langkah, perancangan dan mencari sokongan serta kekuatan di kawasan ini untuk dijadikan contoh pada kemudian hari.
Wan Junaidi turut menye-rahkan 135 komputer riba dan peruntukan berjumlah RM45,000 kepada pergera-kan BN di akar umbi dalam majlis itu semalam.
Turut hadir ADUN Pantai Damai Dr Abdul Rahman Junaidi dan ADUN Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni dan bekas ADUN Demak Laut Datuk Dr Abang Abdul Rauf Abang Zen.
No comments:
Post a Comment