Friday, August 13, 2010

Lim Guan Eng DAP Sah Berat Sebelah dan Pembohong Besar !!

Di bawah adalah pandangan Lorong Baru (Newlane), Pulau Pinang yang akan ditutup pada pukul 4 petang hingga 12 malam. Lorong ini ditutup untuk kemudahan peniaga-peniaga Cina membuka gera-gerai makanan di tepi-tepi jalan yang menghala ke sebuah hotel dan agak sibuk seperti jalan-jalan lain di Pulau Pinang ini.

Siap dengan sign board yang melarang sebarang kenderaan masuk ke lorong tersebut.









M.I.M membawa isu Newlane (lorong Baru) ialah untuk menunjukkan betapa Lim Guan Eng DAP memang rasis, berat sebelah dan pemimpin yang paling haprak sekali di dalam sejarah Pulau Pinang.

Foto-foto ini jelas menunjukkan Lim Guan Eng DAP beralah mengikut kemahuan peniaga-peniaga bangsa Cina di sana walau pun gerai-gerai di NewLane telah menyebabkan kesesakan laulintas, mengganggu keselesaan pengguna kenderaan dan sudah tentu melibatkan keselamatan pengguna jalan raya dan juga peniaga-peniaga tersebut.

Longkang-longkang pun kotor dan mungkin menjadi sarang tikus yang membawa penyakit leptospirosis, satu penyakit yang boleh membawa maut.


Lim Guan Eng DAP terpaksa accomodate dengan kemahuan peniaga-peniaga Cina dengan menutup jalan penting itu dan bukannya menasihati mereka untuk berpindah atau pun mengurangkan jumlah gerai-gerai di tepi jalan.


Layanan seperti TUAN di Newlane amat berlainan dengan yang diterima oleh peniaga-peniaga Bazaar Ramadhan.

Alasan-alasan yang mirip di NewLane seperti kesesakan, kesulitan orang ramai dan keselamatan adalah kriteria tidak masuk akal agensi kerajaan Lim Guan Eng DAP untuk mengurangkan jumlah gerai peniaga Melayu di KOMTAR dan memindahkan sebahagiannya di tempat yang kurang strategik dan jauh daripada tumpuan orang ramai.

Tetapi peniaga-peniaga di NewLane tidak dikurangkan atau dipindahkan sedangkan tempat itu lebih merbahaya dan boleh mendatangkan wabak jika dibandingkan di konkos tingkat 3, KOMTAR. Malah peniaga-peniaga Cina diberikan keistimewaan untuk menggunakan seluruh jalan di depan gerai-gerai mereka daripada 4 petang hingga 12 malam!

Tapi peniaga-peniaga Melayu di konkos tingkat 3, Komtar disusahkan malah dipindahkan ke tempat lain! Nampak tak perbezaan layanan yang diberi kepada dua bangsa yang berlainan di dalam isu ini?

Apa jenis celaka yang cuba ditunjukkan oleh Lim Guan Eng DAP ?

Sudahlah hal di atas sangat berat sebelah, Lim Guan Eng sanggup pula berbohong dengan menfitnah Komtar Merchant Association(KMA) padahal kenyataan Naib Pengerusi KMA, Encik Gani menyatakan bahawa beliau hanya menerima surat pembayaran dari PDC pada hari Jumaat jam 6.30 ptg.



Secara logiknya, sudah tentu Ghani tidak dapat berbuat apa-apa hari itu kerana pejabat sudah tutup tetapi Lim Guan Eng DAP dengan sewenang-wenangnya menuduh beliau mengambil duit secara haram dan menyeleweng duit peniaga.


11/8/2010 M.I.M.


No comments:

Post a Comment