Sunday, August 1, 2010

John Mallot, handler CIA untuk Anwar di Malaysia

Friday, July 30, 2010


Bekas Duta Amerika ke Malaysia, John Mallot adalah satu-satunya pegawai kedutaan yang tidak segan silu dengan terbuka mempertahankan Anwar semasa kes sodomi pertama.

Memang pelik seorang Duta boleh memperjudikan hubungan diplomasi antara dua negara yang makan masa untuk dibina dan mudah jadi tegang dari kesilapan2 sedikit.

Mallot ini diketahui sangat rapat hingga dianggap sebagai family friend keapda keluarga Anwar. Sehingga dia membantu menguruskan urusan pelajaran Nurul Izzah di Georgetown University, Washington.

Hubungan rapat lain macam antara Anwar dan Mallot ini sangat anih. Tidak lama selepas Mallot bising di KL semasa dia Duta, dia terus ditarik pulang dan hilang hingga muncul di Malaysiakini.

TIdak diketahui sangat apa yang dilakukan Mallot selepas pulang kembali ke California melainkan surat2nya yang lepas yang selalunya menyuarakan kesangsiaannya dengan proses mahkamah untuk kes sodomi pertama dan menghentam Mahathir.

Dia seolah-olah orang yang secara terus menjaga hal ehwal Anwar. Itu yang terbina hubungan yang sudah sampai tahap peribadi.

Perkara ini masih berterusan. Pada awal Jun Mallot ada datang ke Kuala Lumpur. Anwar telah meraikan Mallot ke satu majlis makan tengahhari di sebuah restoren Thai di Pacific Regency Hotel.

Makan tengahhari itu diatur oleh diatur oleh Dato’ Michael Bong dan dihadiri oleh beberapa peguambela seperti Sankara Nair, Param Cumaraswamy, Faez Abdullah, dan Karpal Singh.

Turut sama adalah Chua Jui Meng, Datin Paduka Tan Yee Kew, Mustafa Kamil ayub, dan Dato’ David Yeoh, bekas Senator Dewan Negara.

Steven Gan dari Malaysiakini.com yang sering beri ruang kepada Mallot turut serta.

Sekembalinya ke Amerika, Mallot menulis mempersoalkan kes yang ada tapi masih berlegar kepada hujah cerita sodomi pertama.

Tambahan kali ini adalah dia memanggil Perkasa sebagai satu kumpulan militan Melayu, satu spin baru yang dia dapat dari perjumpaan itu. Motivasi mereka jelas kerana baik PAS mahupun PKR sedang desperado mahukan undi Melayu dan Perkasa dilihat sebagai mengacau kerana mereka menarik sokongan Melayu.

Dengan Mallot menulis demikian di Wall Street Journal, mereka berharap untuk menakutkan Ibrahim Ali dan Perkasa.

Setelah diamati lama-lama, kemungkinan besar Mallot ini adalah handler CIA khusus untuk Anwar dan menjadi Duta khusus untuk memastikan tiada perkara yang menghalang Anwar menggantikan Dr Mahathir semasa itu.

Boleh bayang betapa kekecewaan Mallot tidak dapat menyelesaikan tugas yang dah menunggu masa untuk tercapai. Sampai sekarang dia frust? Itu yang dia tak habis2 meroyan.

theunspinners

No comments:

Post a Comment