Monday, March 18, 2013

Tanjung Manis terus berkembang - YAB KM Pehin Sri Abdul Taib Mahmud

Penjana pembangunan Tanjung Manis YB Datuk Norah Binti Tun Rahman Yaakub
YB Datu Len Talif Pendukung dan Pemangkin pembangunan Tanjung Manis


by Addy Ashraff. Borneo Post on March 18, 2013, Monday
LANCAR: Taib melancarkan pelepasan belon sebagai gimik perasmian majlis di Tapak Pesta Belawai semalam.
LANCAR: Taib melancarkan pelepasan belon sebagai gimik perasmian majlis di Tapak Pesta Belawai semalam.  Turut kelihatan sebelah kanan Pehin Sri Taib Mahmud adalah pemimpin lama dan setia iaitu YB Datuk Wahab Dollah
Pelbagai infrastruktur kepada rakyat dan pembangunan setempat dilaksanakan
BELAWAI: Pelan pembangunan strategik Tanjung Manis sebagai destinasi baharu tumpuan pelaburan asing kian rancak berkembang melalui pelbagai pelaksanaan infrastruktur kepada rakyat dan pembangunan setempat.
Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata sejak pelabuhan Tanjung Manis beroperasi pada 1990, banyak perubahan dapat dilihat dengan wujud elemen tumpuan tertentu yang mendorong kepada perkembangan perincian strategi yang telah dirancang.
Beliau berkata, permulaannya amat sukar untuk difikirkan bagaimana kawasan itu dapat dibangunkan sebagai satu kelompok industri ekonomi baharu memandangkan faktor ketidaksesuaian keadaan fizikal dan geografinya.
“Saya sentiasa berfikir mencari alternatif bagaimana ingin membangunkan kawasan Tanjung Manis ini.
“Kini segalanya terbukti apabila perancangan yang dibuat berupaya membawa transformasi serta meningkatkan potensi kawasan ini sebagai zon ekonomi utama Sarawak,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat, Pelancaran Hari Perhutanan Sedunia Peringkat Negeri Sarawak serta Hari Tanjung Manis dan Hari Daerah Kecil Belawai 2013 di Pantai Belawai, di sini semalam.
Sehubungan itu, Taib memberitahu bahawa impak yang dinikmati oleh setiap rakyat sekitar terus menjadi pemangkin kepada kerajaan dalam usaha memperhebat infrastruktur kepada rakyat sekali gus memberi ruang cerah kepada rakyat, pemimpin dan negara.
“Justeru, kerajaan mengambil keputusan memantapkan kemudahan bekalan air bersepadu dari Sungai Sibu hingga Tanjung Manis sejauh 700 batu jaraknya.
“Ini berupaya menampung keperluan bekalan air rakyat di sekitar kawasan Tanjung Manis sekurang-kurangnya untuk tempoh 10 tahun,” jelasnya.
Menyentuh Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE), belia berkata cantuman potensi di seluruh kawasan pedalaman mampu menjadikan ia kawasan zon ekonomi utama.
Sementara itu Taib turut menyeru rakyat tempatan memberi sokongan padu, taat dan sentiasa menghargai usaha murni kerajaan Barisan Nasional (BN) membawa pembangunan untuk kepentingan bersama.
Turut hadir Menteri Kemudahan Awam dan Menteri Pembangunan Perindustrian Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan, Ahli Parlimen Tanjung Manis Datuk Norah Tun Abdul Rahman, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belawai Datu Len Talif Salleh

No comments:

Post a Comment