Thursday, March 21, 2013

Impian Sarawak mampu dicapai - YAB KM Pehin Sri Abdul Taib Bin Mahmud




by Connie Sylvia Mesa. Borneo Post on March 21, 2013, Thursday
Sumbangan usahawan penting realisasi sasaran negeri berpendapatan tinggi: KM
TARIKAN BAHARU: Taib dan isteri serta tetamu kehormat lain memotong reben belon simbolik perasmian Hotel Meritz, Parkson Grand, Golden Screen Cinemas dan Bintang Megamall New Wing di Miri, semalam.
TARIKAN BAHARU: Taib dan isteri serta tetamu kehormat lain memotong reben belon simbolik perasmian Hotel Meritz, Parkson Grand, Golden Screen Cinemas dan Bintang Megamall New Wing di Miri, semalam.
MIRI: Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yakin Sarawak akan mencapai sasaran untuk menjadi negeri berpendapatan tinggi menjelang tahun 2018.
Jelas beliau, sebaik Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) bermula kelak, ia akan mewujudkan banyak peluang ekonomi, sekali gus membuka pelbagai peluang pekerjaan yang mampu memberi pendapatan tinggi.
“Untuk mengubah keadaan ekonomi kita pada hari ini kepada ekonomi moden, kerajaan yakin kerjasama daripada masyarakat khususnya usahawan dari seluruh negeri ini amat penting bagi membolehkan kita mentransformasikan Sara-wak,” katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis perasmian hotel terbaharu di Miri, Hotel Meritz di sini semalam.
Hadir sama ialah isteri Taib Puan Sri Ragad Kurdi Taib, Pengerusi Eksekutif Miri Housing Group of Companies Datuk Lau Siu Wai dan isteri Datin Milly Goh, Datuk Pa-tinggi Tan Sri Dr George Chan dan isteri Datuk Lorna Enan Muloon.
Taib berkata, kerajaan akan terus memberi sokongan penuh kepada usahawan dalam mencapai matlamat negeri berpendapatan tinggi.
Justeru,beliau memuji usaha golongan usahawan Miri dalam memberi dan menyediakan pelbagai perkhidmatan ke-pada warga Miri.
Jelasnya, apabila SCORE siap sepenuhnya menjelang tahun 2030 kelak, Miri yang berada di luar kawasan SCORE diharap akan turut menerima tempias dan membangun seiring dengan matlamat SCORE.
Peluang ekonomi yang ada, katanya, dijangka berkembang sekali gus memajukan pelancongan Miri yang sememangnya terkenal dengan keindahan alam sekitar.
“Saya yakin Miri turut mampu membangun seiring dengan SCORE walaupun berada di luar kawasan SCORE. Bahkan, Miri yang dikenali sebagai bandar raya peranginan turut menerima tempias pembangunan tersebut.
“Justeru, dengan adanya tempat pelancongan di sini, ia juga akan membantu ekonomi berkembang pesat,” ujarnya.
Sementara itu, Taib memuji usaha Lau dalam memberikan kemudahan perhotelan kepada masyarakat setempat serta orang luar bagi menikmati keindahan Miri.
Usaha serta kerja keras Lau dalam menjadikan Miri tempat yang sesuai didiami patut dicontohi oleh usahawan masa kini khususnya generasi muda, katanya.
Selain Hotel Meritz, Taib turut melakukan simbolik pe-rasmian Bintang Megamall New Wing, Parkson Grand dan Golden Screen Cinemas Bintang Megamall.


No comments:

Post a Comment