Friday, October 7, 2011

YB Snowdan Lawan menyokong agar penutupan Fireflyz di kaji sedalamnya



Penamatan penerbangan Firefly jejaskan pelancongan dan penduduk luar bandar

Borneo Post October 5, 2011, Wednesday
KUCHING: Sekiranya khidmat penerbangan yang ditawarkan Firefly benar-benar ditamatkan di negeri ini, ia bukan sahaja akan menjejaskan sektor pelancongan Sarawak secara serius, tetapi termasuk penduduk luar bandar.
Ahli Dewan Undangan Ne-geri (ADUN) Balai Ringin Snowdan Lawan memberi-tahu, pembatalan penerbangan itu khususnya untuk sektor Kuching-Johor-Kuching akan meninggalkan kesan agak besar kerana ramai penduduk Sarawak, khasnya dari luar bandar mencari rezeki di Johor Bahru.
“Penduduk luar bandar akan berhadapan dengan masalah tiada alternatif peng-angkutan tambang murah.
“Firefly telah menjalankan tanggungjawab dengan baik, dengan perkhidmatan yang baik, harga tidak terlalu mahal, banyak pilihan waktu penerbangan,” katanya kepada Utusan Borneo, semalam.
Snowdan yang juga Timbalan Setiausaha Agung Parti Rakyat Sarawak (PRS) melahirkan kebimbangan sekiranya khidmat penerbangan ditawarkan hanya dimonopoli sebuah syarikat sahaja, ia mungkin tidak dapat menampung keperluan penduduk Sarawak.

Penurunan pada angka kemasukan pelancong domestik juga akan dapat disak-sikan sekiranya pembatalan perkhidmatan itu diteruskan, katanya.
“Justeru, saya berharap terdapat penyelesaian terhadap masalah ini bagi memartabatkan industri pelancongan negeri sekali gus memberi manfaat kepada penduduk luar bandar,” katanya.
Baru-baru ini, beberapa tokoh kenamaan melahirkan kekhuatiran mengenai penggabungan anak Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), Firefly dengan AirAsia.
Perkara itu dijangka akan menyebabkan khidmat pe-nerbangan Firefly ke Malaysia Timur dihentikan.

-

Isu ini pertamakan sekali di bangkitkan untuk Sarawak oleh Biro Ekonomi Pemuda PBB Sarawak menerusi wakilny Abdul Aziz Adenan.

No comments:

Post a Comment