Wednesday, October 5, 2011

YB Abu Seman sokong UMB PBB tangkis tohmahan pembangkang


UMB PBB tangkis tohmahan pembangkang


Penubuhannya disifatkan tepat pada masanya, perkasa persediaan BN hadapi PRU Penubuhannya disifatkan tepat pada masanya, perkasa persediaan BN hadapi PRU
SIBU: Setiausaha Politik Ketua Menteri Abu Seman Jahwie menyifatkan penubuhan Unit Media Baru (UMB) sebagai tepat pada masanya.
Katanya, UMB merupakan salah satu alternatif yang diyakini dapat menangkis segala tohmahan pembangkang yang disebarkan melalui siber.

Dengan adanya UMB ujar beliau, ia diharap dapat membantu memperkasakan lagi persediaan Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi Pilihran Raya Umum (PRU) akan datang.
“Kalau mereka (pembangkang) boleh lakukannya kenapa pula kita tidak. Sebelum ini kita (kerajaan) sering kali diserang melalui cara sedemikian… jadi sudah tiba masanya kita tangkis balik,” ujar beliau ketika ditemui semalam.

Sebelum itu, Abu Seman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng merasmikan Majlis Ramah-tamah Aidilfitri anjuran Surau Darul Janah di sini.
Menurut beliau, corak pendekatan BN harus berubah mengikut peredaran semasa apatah lagi ketika kerajaan sedang berusaha mendekati golongan muda.
Ini kerana golongan tersebut jelas beliau, tidak dapat menerima pendekatan lama yang telah dipraktikkan sejak dulu lagi.
Tambah beliau, kerajaan BN harus perlu ada satu strategi yang dapat meningkatkan keyakinan golongan muda terhadap apa yang diusahakan kerajaan.
Menurut Abu Seman lagi, segala bentuk maklumat sama ada tepat atau tidak pada hari ini amat mudah untuk disebarkan apatah lagi golongan muda yang amat cenderung untuk melayari Internet.
“Sebab usia mereka yang muda, mereka ini mudah untuk mempercayai apa yang disebarkan di Internet dan dengan adanya UMB, kerajaan juga berpeluang untuk memperbetulkan maklumat yang diperolehi mereka,” katanya.
Pengoperasian UMB akan diketuai Ketua Penerangan Pemuda PBB Abdul Aziz Tan Sri Adenan Satem, Datuk Alfred Yap (SUPP), Majang Renggi (PRS) dan Audi Chua (SPDP).

No comments:

Post a Comment