Monday, November 19, 2012
Sunday, November 18, 2012
Saturday, November 17, 2012
Awal Muharram 1434H
Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:
- Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
- Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
- Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali
- Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kaliEmpat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):
- Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
- Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
- Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
- Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
- Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
- Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
- Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
- Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
- Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
- Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
- Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali.
- Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
- Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
Friday, November 9, 2012
Politik Sarawak aman dan tenang
Setahun dua ini telah melihat suasana dan keadaan politik negara tidak stabil. Demonstrasi jalanan berulang di Kuala Lumpur dan banyak kerosakan harta benda terjadi. Tidak terlepas juga imej negara di kotorkan oleh rakyat Malaysia sendiri dan keyakinan pelabur asing untuk melabur dalam negara teruja. Begitu kencangnya serangan DAP, PAS dan PKR terhadap kerajaan sehingga 'ketenangan' negara merudum.
Cauvinis DAP lantang memfitnah kerajaan menindas sekolah Cina namun langsung tidak menyebut bahawa kerajaan 'bossnya' DAP Singapura telah lama menghapuskan semua sekolah kaum (Melayu dan pondok) dan memaksa semua kaum-kaum minoriti di Singapura untuk menghadiri sekolah kebangsaan sahaja.
PAS aka ' Taliban' pula berceramah bahawa sesiapa yang tidak menyokong fahaman politik mereka wajib DIPANCUNG (dibunuh dengan potong kepala). Antara contoh-contoh kononnya 'ulama-ulama' PAS dan PKR yang menghasut keganasan adalah 'Ulama Agung PKR' Ustaz (menggelar dirinya) Badrul Amin yang berceramah di khalayak ramai agar Mufti Perlis DIPANCUNG (dibunuh dengan potong kepala).
PKR pula berkempen untuk membenarkan umat Islam murtad (diperkatakan oleh Naib Presiden PKR Nurul Izzah dalam ceramah umum) dan homoseksual/lesbian di halalkan.
Setiap hari dimana saja pelusuk semenanjung Malaysia ceramaha DAP, PAS dan PKR meleparkan fitnah terhadap kerajaan. Setiap jam atau minit fitnah, cemuhan dan kebencian di ucapkan dalam 'facebook' dan twitter.
Apa sudah jadi kepada negara ini?
Namun dalam keadaan politik yang huru-hara di Semenanjung Malaysia keadaan politik di Sarawak aman damai.
Apakah hikmah atau 'wisdom' YAB Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Taib Mahmud yang melindungi keamanan Sarawak daripada ribut politik di Semenanjung Malaysia?
Kesabaran. Kesabaran menghadapi segala fitnah dan cemuhan dari DAP, PKR dan PAS. Malah ada desakan dari pemimpin 'sahabat' BN semenanjung yang mendesak pengunduran YAB Pehin Sri Taib Mahmud namun berkat kesabarannya tidak menjadi 'gaduh besar'.
Kebijaksanaan. Tidak melatah atau terburu-buru untuk menjawab fitnah dan tohmahan pembangkang.
Ketegasan. Ketegasan dan kekuatan hati (dalam menghadapi tekanan dan fitnah) untuk tidak mengikut rentak politik pembangkang. Apabila pembangkang sering menghasut rakyat untuk mendesak yang tidak munasabah dari kerajaan maka Taib Mahmud berdiri tegas seperti ibubapa yang bertanggungjawab. Tidak 'manjakan' rakyat yang telah termakan manis hasutan DAP, PKR dan PAS.
Keimanan. Keimanan terhadap Tuhan yang Maha Esa. Untuk menpunyai ketegasan, kesabaran dan kebijaksanaan untuk mengharungi cabaran politik fitnah pembangkang maka perlu keimanan. Keimanan yang membolehkan kesabaran kerana tanpa iman maka mungkin tidak sabar atau tidak tahan.
Semoga rakyat dan negeri Sarawak tetap dinaungi dalam keamanan dan kemakmuran.
Oleh Muda Tengah
Wednesday, November 7, 2012
Masa depan cerah untuk Saguk - Pehin Sri
There’s a bright future for sago, says Taib
Posted on October 30, 2012, Tuesday
OPENING: Taib signs a poster of the 2nd Asean Sago Symposium; Advances in Sago research and development at DeTAR Putra, Unimas, Kuching. The three-day symposium will run from Oct 29 till 31. Also seen is Dr Khairuddin (second left).
KOTA SAMARAHAN: The state is intensifying its research on planting sago in estates-like plantations to increase production in a more cost-effective way.
Chief Minister Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yesterday said the crop has a bright future to become an important commodity on par with palm oil due to its starch which can be used to produce many products.
A total of 100 acres of land in Mukah Division have been allocated for the experimental research to be conducted by Universiti Malaysia Sarawak (Unimas). The government has also embarked on advanced consumer and scientific research to maximise the commercial potential of sago.
“The country tends to concentrate on cash crops that can be produced in scientific and cheaper manner. This is what makes palm oil very popular. With proper research, sago can achieve the same success. Although sago research is relatively new compared to other commodities, it is going to become very important in the future.
“In the area of consumer research, basic question on how to increase production to be much more methodical, scientifically and more cost-efficient cannot be left untouched,” he highlighted when officiating at the 2nd Asean Sago Symposium; Advances in Sago research and development at DeTAR Putra, Unimas here.
Considering that sago grows on marginal soil which is mainly inundated by water, Taib who highlighted the need to propagate the crop much more, suggested that areas which were not very productive in the commercial sense be devoted for the growing of the crop.
He believed that the planting of sago in the state could be doubled in the Melanau populated areas, Saratok and Sri Aman areas. He also suggested for researchers to look at the possibility of cloning higher yielding species from Papua New Guinea.
“The experiment in Mukah should be taken a look at while researchers see what needed to be done to improve it. The experiment has enabled the state to arrange a proper water management while at the same time, getting good transportation system.
“Also to be given due consideration is the harvesting of sago which is still proven to be quite difficult. The government has to find ways to harvest sago more efficiently as local labour sources decreased due to urbanisation factor and shifting working trend among the youths from the agriculture sector to other industries as a result of human capital development.
“We need to encourage the people to be involved in the productivity of sago. While the consumer research is still going on, methods on improving labour and productivity in the sago industry should be looked into as well,” Taib pointed out.
He encouraged local researchers to continue involving countries such as Indonesia, Philippines and even Papua New Guinea (due to its emerging sago industry) in their research.
A total of 120 participants are attending the symposium which runs from Oct 29 till 31. Co-organisers of the event included Craun Research Sdn Bhd, Bogor Agriculture Organisation (IPB) of Indonesia, Indonesia Food and Agriculture Organisation and Thailand FAO-RAP.
Unimas vice-chancellor Prof Datuk Dr Khairuddin Abdul Hamid, its Board of Directors chairman Datu Dr Hatta Solhi, Craun Sdn Bhd Malaysia chief executive officer Yusup Sobeng, IPB deputy director (Business and Communication) Dr H. Arif Imam Suroso and FAO-RAP Thailand representative Hideyuki Konuma were among those present.
The symposium will also feature renowned speakers including Hiroyuki Konuma from FAO-RAP, Prof Emeritus Dr Ayaaki Ishizaki from Kyushu University, Dr H.M Bintoro from IPB and Prof Dr Kopli Bujang of Unimas.
Tuesday, November 6, 2012
Kerajaan Negri bergiat untuk menyediakan pekerjaan untuk rakyat - YB Datu Len Talif Salleh
10,000 pekerjaan disedia kepada rakyat Sarawak
by post
TAHNIAH: Len menyampaikan sijil kepada salah seorang daripada 145 graduan yang menyertai Majlis Konvokesyen Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Ke-3 Sekolah Menengah Vokasional Matang dan Sekolah Menengah Vokasional Betong.
KUCHING: Sasaran 10,000 peluang pekerjaan disediakan kepada rakyat negeri ini sepanjang berlangsungnya Pameran Karier dan Latihan Sarawak 2012.
Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Promosi Pendidikan Teknikal) Datu Len Talif Salleh berkata, pameran yang berlangsung pada 10 dan 11 Disember itu diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).
Menurutnya, ia merupakan karnival kerjaya kemahiran terbesar yang pernah dianjurkan dengan melibatkan 250 agensi di seluruh negeri.
“Kami menjangkakan sebanyak 10,000 peluang pekerjaan untuk diisi menerusi temu duga terbuka sepanjang pameran ini berlangsung,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Konvokesyen Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Ke-3 anjuran Sekolah Menengah Vokasional Matang dan Sekolah Menengah Vokasional Betong di sini, semalam.
Len yang juga Menteri Muda Alam Sekitar menjelaskan, rakyat negeri ini terutama generasi muda sepatutnya merebut peluang untuk menghadiri temu duga terbuka yang diadakan.
Menurutnya, Tabung Ekonomi Gagasan Anak Bumiputera Sarawak (TEGAS) akan berusaha mendapatkan 40,000 belia Bumiputera bagi menceburi bidang kemahiran dengan yuran pengajian peringkat sijil dan diploma akan dibiayai sepenuhnya.
“Urus setia TEGAS akan mengiklankan perkara ini dalam masa terdekat untuk pengambilan bulan Disember 2012 dan Januari 2013,” ujarnya.
Dalam pada itu, beliau berkata kualiti pendidikan berteraskan vokasional dan kemahiran di negara ini perlu diperkasa untuk menjadi agenda utama sejajar dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
“Ia penting untuk memastikan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa dengan melanjutkan pendidikan wajib daripada enam kepada 11 tahun di mana latihan vokasional sebagai persediaan untuk pekerjaan,” jelasnya.
Tambahnya Malaysia juga perlu mengeluarkan pekerja mahir dan separuh mahir sehingga 40 peratus sekiranya mahu bersaing di peringkat global.
“Untuk tujuan itu, langkah awal kerajaan adalah memperkenalkan Sistem Latihan Dual National (SLDN) di kolej vokasional pada tahun depan,” kata Len.
Majlis konvokesyen semalam menyaksikan Zabbly Linggang daripada Sekolah Menengah Vokasional Betong dan Muhd Nadzirin Shariffuddin (Sekolah Menengah Vokasional Matang) menerima anugerah khas.
Seramai 100 pelajar Sekolah Menengah Vokasional Matang dan 45 pelajar Sekolah Menengah Vokasional Betong menyertai konvokesyen semalam.
Monday, November 5, 2012
Anwar cakap manis saja - YB Abdullah Saidol
Anwar ahli politik yang cuma bijak berkata-kata: Abdullah
Post
KUCHING: Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri Abdullah Saidol sebagai ahli politik yang cuma bijak berkata-kata.
Menurut Abdullah, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak mempunyai niat untuk menolong rakyat, sekali gus beliau mengajak agar rakyat Sarawak tidak terpengaruh dengan janji-janji manis pembangkang.
“Saya tidak faham mengapa masih ada orang percaya dengan kata-kata pemimpin PKR yang hipokrit. Mengapa tidak ada yang bertanya tentang banyak janji-janji mereka yang tak tertunai di Selangor dan Pulau Pinang,” katanya yang diminta mengulas tentang lawatan Anwar ke Kanowit dan Kuching kelmarin dan semalam.
Anwar ketika berada di Kanowit berkata, beliau akan lebih kerap ke Sarawak jika pakatan pembangkang membentuk kerajaan menerusi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kelak.
Abdullah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop turut mempersoalkan apa yang telah dilakukan Anwar ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri.
“Apa yang dia pernah buat untuk Sarawak semasa dia menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Pemimpin seperti ini tiada keikhlasan untuk membantu tapi jaguh merapu,” katanya.
Sementara itu, Menteri Muda Pembangunan Belia Abdul Karim Rahman Hamzah berkata semua orang kenal dengan Anwar yang disifatkannya sebagai ‘Raja Pemberi Janji.’
Sebelum ini, katanya, telah banyak janji yang ditabur Anwar tetapi hingga sekarang ia tinggal janji.
Menurutnya, jika benar-benar mahu membantu Sarawak, semasa jadi Timbalan Perdana Menteri sudah nampak sifat itu.
“Sekarang tiba-tiba jadi penyayang kepada Sarawak dan kerap datang. Semua ini adalah wayang kulit Anwar untuk mengaburi mata rakyat Sarawak agar menyokong dan mengangkat beliau ke Putrajaya,” ujarnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)






