Wednesday, April 4, 2012

Dong Zong lies to cover their own failures and canvass support for DAP - Wong Chun Wai

Question for critics

On The Beat
By Wong Chun Wai


Chinese schools in Malaysia have built a strong reputation over the decades but it’s not an entirely successful story.
I SENT my daughter to a Chinese school when she was in Year One for good reasons. The Puay Chai school in Petaling Jaya was within walking distance of our apartment.
It was a prestigious school and was also well known for its education and discipline standards. It is an open secret that parents who do not live nearby forge addresses to try to get their children enrolled in this school where places are limited.
Although I come from an English medium school and I am unable to speak or write in Chinese, my wife and I took the decision to send our daughter for early Chinese education because we wanted her to speak Mandarin. By then, we were already realising the growing importance of knowing Chinese.
As with many children from urban middle-class homes, my daughter spoke in English with us and her school mates at Puay Chai.
When she entered Form One – she was in PJ Catholic High School, a national-type school – she continued to learn Chinese. Again, English was widely spoken in her school.

Tuesday, April 3, 2012

United Chinese Association Kapit, Sarawak supports Dong Zong

Association declares support for ‘325 rally’

Posted on March 30, 2012, Friday
KAPIT: The United Chinese Association (UCA) Kapit has voiced its support for the Dong Zong (United Chinese School Committees Association of Malaysia) rally last Sunday.
The ‘325 rally’ in Kajang, Selangor was held to highlight the grievances of Chinese-medium schools.
UCA Kapit chairman Ma Tian Ho said the association supported efforts to defend the integrity and independence of Chinese-medium schools nationwide.
“We support the action of Dong Zong to organise the ‘325 rally’ to demonstrate support for Chinese-medium schools nationwide. On the part of UCA Kapit, we are concerned about the human resources development of the only Chinese-aided primary school here — SJK Hock Lam — with the posting of non-Mandarin speaking clerical staff to the school,” he said at UCA Kapit’s annual general meeting (AGM) on Wednesday evening.
Ma pointed out that since former headmistress Tey Hock Hiong retired over a year ago, no replacement has been sent to the school.
“The Education Department should act fast to either appoint a new headmaster or upgrade the acting headmaster to administrate the school to ensure the smooth implementation of daily work,” he added.

Sunday, April 1, 2012

Dong Zong membuktikan kebencian kepada pepaduan kaum di tanahair

Temenggong Vincent Lau Lee Ming, pemimpin SUPP dan bakal calon BN Sibu adalah dalam jawatankuasa Dong Zong



Dong Zong cetuskan lagi api perkauman

March 30, 2012
30 MAC — Dong Zong cetus isu lagi. Rakyat tidak tahu apa motifnya kali ini. Tapi nampaknya Dong Zong lebih agresif dan serius. Tidak pandang kiri dan kanan lagi berbanding satu dekad lepas.
Nampak benar semakin “besar kepala” lagaknya. Penulis tidaklah mahu komen panjang lebar motif perhimpunan Gabungan Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina Malaysia ini atau Dong Zong di Kajang baru-baru ini.
Sebab kalau “terlangsung” pengamatan penulis, akan timbul pula kontroversi. Maknanya kontroversi “di atas kontroversi” pula apabila membicarakan soal empat “usul besar” yang dibangkitkan Dong Zong.
Dalam empat ini, salah satunya dikehendaki Dong Zong adalah mahu pihak Kementerian Pelajaran memindahkan segera guru-guru yang dihantar ke SJKC pada sesi persekolahan awal tahun ini yang tidak tahu berbahasa Cina. Ini termasuk guru-guru bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
Mengambil pendekatan tidak berpihak, penulis semalam mengajukan kemelut yang dicetuskan Dong Zong ini kepada dua tokoh pendidik, iaitu bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abdul Rahman Arshad yang kini merupakan Canselor Universiti Kolej Sedaya International (UCSI). Dan seorang lagi, profesor yang sering dimomokkan “Cina yang bukan Cina lagi” oleh Dong Zong, Prof. Emeritus, Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim.
Ikuti suara hati kedua-dua individu ini mengenai tindak tanduk Dong Zong di Kajang tempoh hari.
Luahan Abdul Rahman:
“Rancangan yang dicadangkan Dong Zong ini jelas tidak mahu terima orang bukan Cina di SJKC. Saya amat terperanjat dengan tindak balas ini. Masakan orang Melayu dan India yang mengajar bahasa Melayu dan Inggeris di SJKC semuanya tahu berbahasa Mandarin.
Dahulu, kita dapat guru yang mengajar bahasa Inggeris, dia bukannya orang Inggerispun. Kalau yang mengajar bahasa Inggeris di sekolah Melayu pun, tidak semestinya dia boleh berbahasa Melayu.
Tindak tanduk Dong Zong ini seolah-olah tidak mahu memberi peluang kepada orang bukan Cina mengajar di SJKC. Tidakkah juga satu pembaziran juga jika orang yang tahu bahasa Cina nak mengajar bahasa Melayu pula.
Cuma, satu sahaja yang saya lihat kesan daripada perbuatan Dong Zong ini iaitu menebalkan lagi jurang perpaduan. Masalah kita sekarang adalah perpaduan. Perpaduan bererti kita semua kaum boleh bergaul bersama. Adakah baik sekolah Cina semuanya Cina belaka?
Seelok-eloknya yang bagus dalam bidang Geografi mengajar Geografi, bagus dalam bahasa Melayu ajar bahasa Melayu. Apa erti semuanya ini Dong Zong? Adakah anda tidak mahu bangsa asing di SJKC.
Kalau tebalkan lagi perkauman, jangan sebutlah kita tentang perpaduan. Yang saya boleh rumuskan ialah Dong Zong tidak mahu bangsa asing selain Cina di SJKC. Saya tak mahulah kaitkan isu ini dengan politik sementelah lagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan berlaku tidak lama lagi dah.
Apa yang saya perhatikan juga ialah sebelum ini belum pernah berlaku tuntutan-tuntutan serius seperti ini. Jika kita melayan Dong Zong, apa akan jadi pula jika sekolah Tamil pun nak begitu iaitu yang hendak mengajar bahasa Melayu di sekolah Tamil, mesti boleh berbahasa Tamil dan di Sarawak pula, kalau ajar bahasa Melayu, harus tahu bahasa Iban.
Kita pun di sekolah kebangsaan tidak mahulah yang mengajar bahasa Mandarin mesti tahu bahasa Melayu di sebalik boleh berbahasa Melayu (kebangsaan) itu sebenarnya satu keperluan nasional.
Sebenarnya orang boleh menilai Dong Zong ini sebab jelas tuntutannya bertentangan dengan dasar bahasa kebangsaan yang mengutamakan soal perpaduan. Kalau kita berpolitikpun, ia hanyalah politik perpaduan.
Sekali lagi kalau kita benarkan tuntutan Dong Zong ini, dikhuatiri nanti kita semua berpecah belah. Yang Melayu dengan Melayunya, Cina dengan Cinanya dan India dengan Indianya.
Dan dalam hal ini juga bukannya kerajaan menganaktirikan sekolah Cina. Ratusan juta peruntukan pun telah dihulurkan ke SJKC.