Saturday, May 5, 2012

PKR cabar kalau setitik darah tumpah maka BN disalahkan tetapi kalau polis dicederakan oleh PAS, PKR dan DAP?





Kejadian Sebenar Polis Langgar Peserta Bersih 3.0

by MR RILEKS on 30/04/2012


Isu Polis Langgar Peserta Bersih 3.0 akhirnya terjawab apabila, anggota Polis yang menjadi mangsa keganasan Peserta Bersih 3.0 menceritakan sendiri kejadian sebenar kepada Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak yang datang melawat mangsa Bersih 3.0 itu di hospital tempat beliau dirawat.
Bukanlah niat untuk Konstabel Mohamed Kamil Paimin yang berusia 24 tahun dan baru sahaja bertugas 2 tahun melanggar orang ramai seperti apa yang spekulasi didedahkan oleh pihak-pihak tertentu.
Mohamed Kamil yang pengsan akibat kepalanya terkena objek keras yang dipercayai dibaling oleh peserta Bersih 3.0 yang berhimpun ramai di kawasan perhimpunan Bersih 3.0 selepas diserang di hadapan pusat membeli-belah Sogo.
Bayangkan kalau dah batu, botol, kon Polis dan sebagainya mengenai badan dan kepala mangsa, sudah tentu mengakibatkan mangsa pengsan terus terbabas melanggar peserta Bersih 3.0 yang berada di kaki lima.
Sebelum anggota Polis nie pengsan, kita dapat lihat dalam Video Sebelum Polis Langgar Peserta Bersih 3.0 di mana peserta Bersih 3.0 membaling objek ke arah kereta dan ‘monyet’ melompat-lompat di atas kereta Waja Polis sebelum terbabas dan merempuh suku sakat Bersih 3.0 itu.
mohd azri wartawan kena belasah, gambar azri wartwan kena belasahGambar Mohd Azri Mohd Salleh (Jurugambar TV Al-Hijrah)
Mohamed Kamil menceritakan yang dia tidak sedarkan diri selepas kepalanya terkena dengan objek keras sebelum keretanya terbabas dan masa itulah lelaki yang memakai helmet dalam video polis langgar peserta bersih 3.0 itu adalah jurugambar stesen TV Al-Hijrah, Mohd Azri Mohd Salleh turut dibelasah selepas merayu mereka berhenti memukul Mohamed Kamil yang tidak sedarkan diri.


Read more: http://rilekslah.com/kejadian-sebenar-polis-langgar-peserta-bersih-3-0/#ixzz1ttShBczW

No comments:

Post a Comment