Sunday, January 2, 2011

SCORE bakal jadikan Sarawak negeri maju menjelang 2030

BPO 
Posted on January 1, 2011, Saturday
OYA: Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) bakal menjadikan Sarawak sebuah negeri maju menjelang 2030 di samping mewujudkan sebanyak 1.6 juta peluang pekerjaan daripada 10 industri yang berimpak tinggi.
Ahli Dewan Undangan Negeri Dalat Datin Fatimah Abdullah yang berkata demikian semasa majlis doa selamat dan ‘Jasamu Dikenang’ pada 27 disember lepas di Kampung Senau menambah bahawa bahagian Mukah akan menyaksikan pelbagai industri bakal ditempatkan di situ.
Antara industri-industri tersebut adalah hAb pemprosesan makanan halal, stesen arang batu, industri besi dan taman sains.
Beliau berkata bahawa industri-industri yang bakal wujud akan menyediakan peluang ekonomi dan pada masa yang sama dapat mempertingkatkan taraf hidup penduduk tempatan.
Fatimah turut berkata bahawa kerajaan BN akan memastikan kemenangan dengan majoriti yang besar dalam pilihan raya yang akan datang dan memastikan mandat yang diterima untuk pembangunan akan dilaksanakan.
Selain itu, beliau menyeru kepada penduduk Kampung Senau untuk terus menyokong kerajaan BN sambil memberi komitmen bahawa beliau akan memberi geran sebanyak RM75,000 untuk tujuan pembinaan dewan masyarakat pada tahun 2011.
Semasa majlis tersebut, seorang pegawai dari Jabatan Tanah dan Survei Mukah memberi penerangan kepada penduduk kampung tentang penyukatan tanah kampung tradisional yang akan diadakan pada tahun 2011.
Pegawai tersebut turut memberitahu penduduk kampung bahawa terdapat 100 lot baru akan diwujudkan di bawah skim pembesaran kampung.
Seramai 12 penerima dianugerahkan dengan pingat gangsa dan perak ‘Jasamu Dikenang’.

No comments:

Post a Comment