Wednesday, February 29, 2012
Tuesday, February 28, 2012
Tun Mahathir - Bai’ah hanya kepada Allah
Dr. Mahathir Mohamad menurunkan tandatangan selepas hadir pada syarahan perdana bertajuk Transformasi Minda Penyelidik Muda di Dewan Agong Tuanku Canselor, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, semalam. Turut hadir, Dr Sahol Hamid Abu Bakar (kiri). – BERNAMA
Oleh ABDUL RAZAK IDRIS
pengarang@utusan.com.my SHAH ALAM 22 Feb. – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sepatutnya meminta ahli parti itu berbai’ah kepada Allah dan bukannya kepada pemimpin mereka yang hanya berminat untuk menang pilihan raya.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, ini kerana jika manusia biasa membuat bai’ah atau lafaz taat setia sesama manusia atau parti, mereka mempunyai kecenderungan melanggar lafaz yang telah dibuat.
“Sebagai seorang yang beragama Islam, kita hanya berbai’ah kepada tuhan iaitu Allah dan hanya kepadaNya kita tunduk.
“Kita juga wajar berbai’ah kepada semua Nabi dan Rasulullah yang diiktiraf oleh agama Islam,” katanya selepas menyampaikan syarahan perdana bertajuk Transformasi Minda Penyelidik Muda di Dewan Agong Tuanku Canselor, Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini hari ini.
Hadir sama Naib Canselor UiTM, Datuk Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar dan Dekan Fakulti Sains Gunaan UiTM, Prof. Dr. Ri Hanum Yahaya Subban.
Beliau mengulas kenyataan Abdul Hadi bahawa setiap calon Pas yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) diwajibkan berbai’ah dan sesiapa yang melanggar bai’ah itu akan ‘celaka dunia dan akhirat’.
Dr. Mahathir berkata, Pas kini dalam keadaan terdesak untuk menguatkan parti dengan cara menguatkuasakan bai’ah dalam kalangan ahli yang bakal bertanding PRU-13.
“Bai‘ah ini hanya akan mengongkong pemikiran, yang mana pemimpin Pas tidak dengar dan terima pendapat ahli sendiri.
“Kesetiaan kepada pemimpin sepatutnya berpada-pada kerana sebagai manusia mereka tidak sempurna dan bila-bila masa boleh membuat salah, Presiden Pas bukannya nabi,” katanya.
Mengulas mengenai penubuhan Pertubuhan Jalur Tiga (Jati) oleh bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali, beliau berkata, pertubuhan tersebut diharap dapat menjelaskan objektif penubuhannya dengan lebih jelas.
Ujar beliau, jika Jati cenderung kepada perjuangan politik, perpecahan orang Melayu akan menjadi kepada empat bahagian hingga akhirnya menjadi golongan minoriti sahaja.
Monday, February 27, 2012
Sunday, February 26, 2012
Saturday, February 25, 2012
Friday, February 24, 2012
The 'Arab spring' and the west: seven lessons from history
Drawing on the British Pathé archive, Seumas Milne picks out the recurrent themes of imperial efforts to control the Middle East
October 2011: Egyptians in Talat Harb square, Cairo, protest against military rule; October 1956: Egyptians demonstrate in the same square against British-French invasion.
Thursday, February 23, 2012
Subscribe to:
Comments (Atom)




