Tuesday, November 12, 2013

Hutang ke GDP Kerajaan Sarawak lebih baik dari Kerajaan Persekutuan dan semua kerajaan-kerajaan Negeri Pakatan DAP, PAS, PKR

Oleh Muda Tengah

Sarawak Government's Debt to GDP is between 5.7% to 9% while the federal government debt to GDP ratio is a self professed 54%.  PAS Kelantan State Government Debt to GDP is about 60% while DAP Penang State Govenrment has a Debt to GDP of about 45%.

Chief Minister YAB Pehin Sri Dr. Abdul Taib Bin Mahmud Bin Yahya have  steered the finances and economic development of Sarawak for the past 32 years.

Sarawak cermat urus kewangan

by Patricia Gari. utusan Bornoe

BANGGA: Mohd Morshidi menunjukkan sijil Kecemerlangan Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntibiliti Tahun 2012 dimenangi Jabatan Ketua Menteri sempena Hari Audit 1Malaysia dan Persidangan Juruaudit Sektor Awam 2013 di Kuching semalam. Turut kelihatan (dari kanan) Mohd Asfia, Taib, Ambrin dan Jabu. — Gambar Chimon Upon
Catat lebihan pendapatan beberapa tahun, rizab negeri berjumlah RM22 bilion pada 2012
KUCHING: Sarawak mencatat rekod prestasi kewangan positif yang amat kukuh, dibuktikan dengan lebihan pendapatan untuk beberapa tahun berturut-turut sehingga menghasilkan tahap rizab negeri berjumlah RM22 bilion pada 2012.
Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata pencapaian membanggakan itu adalah hasil pendekatan cermat dalam pengurusan fiskal negeri selain unjuran belanjawan konservatif serta kawalan ketat terhadap perbelanjaan mengurus diambil kerajaan negeri.
“Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2011, hasil kerajaan negeri telah meningkat kepada RM6.63 bilion iaitu peningkatan sebanyak RM1.02 bilion atau 18.2 peratus berbanding RM5.61 bilion pada 2010.
“Kita juga mencatatkan lebihan pendapatan berbanding perbelanjaan sebanyak RM2.6 bilion pada 2011 berbanding RM2.22 bilion pada 2010,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Majlis Sambutan Hari Audit 1Malaysia dan Persidangan Juruaudit Sektor Awam 2013 di sini semalam.
Beliau menambah, kejayaan Sarawak mengekalkan prestasi kewangan yang cemerlang sejak 2004 melayakkan negeri ini mendapat pengiktirafan daripada Credit Rating Agency daripada BAA1 kepada A3 pada 2011 oleh Moody’s Investor Service.
Kejayaan itu juga katanya, menyaksikan Kerajaan Negeri Sarawak dianugerahi Sijil Bersih oleh Ketua Audit Negara selama 10 tahun berturut-turut bermula 2002 hingga 2011.
“Bagi Kerajaan Negeri Sarawak, peranan dimainkan oleh Jabatan Audit Negara (JAN) dalam menentukan akauntibiliti awam amat difahami dan telah banyak memberi manfaat bukan sahaja memantapkan pengurusan wang awam tetapi dalam pelaksanaan projek-projek pembangunan.
“Pada masa sama, kerajaan negeri mengambil sikap proaktif dan positif untuk terus meningkatkan akauntibiliti awam dan segala penemuan, teguran serta pemerhatian audit diberi perhatian untuk penambahbaikan pengurusan kewangan, juga akauntibiliti awam,” ujarnya.
Justeru beliau mengingatkan semua ketua jabatan, kementerian dan agensi kerajaan negeri mahupun persekutuan agar sentiasa mematuhi perundangan dan peraturan ketika melaksanakan tanggungjawab supaya imej sektor awam dan kerajaan selalu dijaga.
Selain itu katanya, perhatian yang serius harus diberikan kepada semua teguran dan penemuan oleh JAN, disusuli tindakan penambahbaikan dari segi amalan dan tindakan positif sekiranya perlu.
Tindakan penambahbaikan hasil daripada teguran katanya, perlu diambil terutama bagi kes-kes yang memerlukan persepsi awam mengenai sektor awam dan kerajaan, dapat ditambah baik.
“Saya berpendapat peranan dimainkan oleh JAN amat penting sebagai mekanisme ‘check and balance’ bagi menjamin akauntibiliti awam.
“Oleh itu ketua jabatan, kementerian dan agensi hendaklah mengambil iktibar dan belajar daripada setiap audit dila-kukan bagi mengelak kelemahan sama berulang,” katanya.
Taib juga mahu hubungan baik dan jalinan profesional antara sektor awam negeri Sarawak dengan JAN dikekal dan dipertingkatkan agar jabatan itu dapat menjadi agensi penting memastikan pelaksanaan pembangunan negeri Sarawak menerusi maklum balas berguna.
Sarawak katanya menghadapi cabaran dan kesukaran kompleks dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Menurutnya, faktor geografi negeri ini menyukarkan akses ke kawasan pedalaman, ditambah keadaan bumi yang luas, 124,449.51 kilometer persegi dan kedudukan penduduk bertaburan menyebabkan masih ada kawasan di pedalaman tidak mempunyai kemudahan jalan raya, bekalan air bersih dan elektrik.
Namun katanya ia bukan ha-langan kerana kerajaan negeri sentiasa menjaga kepentingan rakyat supaya tidak ada golongan yang terpinggir daripada arus pembangunan utama.
Sehubungan itu, pada 1995 kerajaan negeri menubuhkan Unit Audit Dalaman di bawah Jabatan Ketua Menteri untuk mempertingkatkan lagi ke-cekapan, akauntibiliti dan ketelusan operasinya.
Unit itu jelasnya mula beroperasi pada Januari 1996 yang bertanggungjawab memeriksa 11 kementerian, 27 jabatan, 29 badan berkanun negeri dan 25 pihak berkuasa tempatan.
“Usaha ini diambil oleh kerajaan negeri untuk terus memantapkan amalan tadbir urus dan pengurusan kewangan berkesan kerana usaha transformasi pengurusan kewangan adalah usaha berterusan,” jelasnya.
Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang, Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh, Menteri Kemajuan Tanah Tan Sri Datuk Amar James Masing, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar,  Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohd Morshidi Abdul Ghani dan Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang.